Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, April 30, 2010

Apa agaknya masa depan mereka-mereka yang melompat ni pada PRU akan datang ye?

Kenapa Ibrahim Ali agresif? Dia tahu dia tiada mana-mana tempat untuk bertanding PRU akan datang. Mana mungkin ada untuk beliau dalam barisan Pakatan Rakyat dan mungkin perit UMNO untuk berkorban kerusi untuk beliau. Namun dengan berbaik-baik dengan Che Det itu ada positifnya buat beliau. Mungkin Che Det akan memujuk Najib untuk letakkan Berahim dalam list nama yang akan bertanding dalam PRU akan datang. Manalah tahu kan....

Ezam? Haha.. mat gimik. Cukup cekap buat gimik walaupun kadang-kadang gua rasa nak termuntah. Ada manfaatnya dia ni sebab mukanya memang tebal tak tahu malu. Letak aje untuk ceramah berkempen memang beliau sanggup. Tak caya tengoklah PRK Sibu nanti. Confirm dia bantai Anwar jugak. Ntah apa gila dia ni gua pun tak pasti.. Ala-ala WTF jugakla dia ni sebenarnya. Untuk next PRU mungkin juga ada tempat untuk beliau. Pastinya kawasan panas seperti Permatang Puah atau lawan pada Azmin. Kiranya kategori Kambing Trojan jugak dia ni. Serbaguna kesimpulan dari gua untuk beliau.

Zul Nordin? Mat Kompang dan Sembang kencang. Tapi realiti mulut dia ngan bau longkang seakan-akan sama. Isu APCO dia citer someone upah dia untuk burukkan Najib.Muslihat untuk pusing cerita pun boleh bagi kat dia walaupun keberkesanannya hanya 10% gua kasik. Agak kurang bantai PAS sebab mungkin ilmu di dada tak secerdik Ustaz-ustaz dalam PAS namun dengan muka tebal beliau itu, ada advantage kat situ. Untuk next PRU, susah nak cakap dan duga. Mungkin juga tempatnya kat ceruk-ceruk felda yang core pakatan rakyat. Kat bandar kang sia-sia aje kena baling telor tembelang burung unta...

3 famous kataks!! No value added. Retired!!

Zahrain and the others yang melompat baru-baru ni? Mungkin bebas tempat yang dimenangnya itu. Just untuk pecah undi pakatan and advantage untuk UMNO BN.

Bagaimana cara mahu susun, gua syak tak susah Najib nak fikir sebab APCO ada. Nantikan gempar dari Najib ni nanti. Broher ni boleh tahan gak strateginya dan mungkin juga sebab Rosmah genius??

Hanya Allah yang tahu....

Kenapa politik jadi pilihan tulisan gua dan bukan pasal skandal artis...

Pak Lah berkata beliau tidak waras manakala sebaliknya pandangan dari Che Det ia meraih undi Melayu untuk Barisan Nasional. Isu yang dimainkan adalah hal perkauman. Terlalumenebalnya sifat perkauman yang ada pada Berahim Ali namun bisu pekak dan tuli berkenaan agama!! Contohnya kerjasama negara ini dengan Yahudi laknatullah!!

Zul yang berkokok pun sama dua kali lima dengan Berahim Ali. Menyalak hal agama tapi lepas tu ntah apa-apa menikus isu rasuah, APCO, budak kena tembak, isu semasa dan ahhhhh banyak lagilah yang dia ni lepas pandang dan kunci mulut.

Ezam?? Apa tah lagi.....

Orang-orang sebegini bagi gua yang banyak menjejaskan keharmonian dalam negara. Orang ini sebetulnya di diamkan mulut bersuara kerana bunyi yang keluar bikin ramai orang hidup tidak tenteram. Sama juga Khir Toyo. Astaghfirullah....

Apa salah cina dan apa silapnya melayu dah gua ulas sikit-sikit dalam entry sebelumnya. Kita perlu mengorak kedepan dan bukan buka baju dan seluar lalu terjun dalam parit sambil mendabik dada mengaku kitalah pembela bangsa, agama dan negara. Point sebijik-sebijik Allah rungkai untuk kita hadapi. Setiapnya penuh hikmah dan kita perlu guna akal yang waras untuk menyelesaikan dan bukan jadi bodoh untuk terus berdiam diri. Akuilah tidak semua cerdik namun dalam tahun 2010 ni orang yang nak menonjol ramai yang bodoh-bodoh belaka termasuklah mereka-mereka namanya gua tulis kat atas tu. Mereka itu mahu jadi pemimpin, Adun, Ahli Parlimen dan mungkin juga mahu menjawat menteri sepenggal tapi bodohnya melantun-lantun jadilah negara ini seperti di langgar garuda rupanya. UMNO yang bodoh itu kita tahu memang dia bodoh. Berhujah dengan mereka seperti juga bercakap dengan tong gas atau tong sampah dan gua kira kita perlukan seorang dua yang lebih agresif. 3 mungkin lebih cantik untuk membayangkan dari 3 komponen parti dari pakatan rakyat. Anwar sahaja tidak mencukupi. DAP gua tengok bagus namun pandangan mereka cepat dipotong dengan hujah mengatakan mereka itu komunis la, ntah apa-apa UMNO sengal ni.

Mereka menjatuhkan Perak atas alasan kerana PAS jadi kuda tunggangan DAP, namun kenapa Kedah juga kini di tibai sedemikian rupa. Selangor memang gua gerun. Tak abis-abis kena serang. Memang cerdik Anwar letak Khalid sebagai teraju utama. Cool yang bikin UMNO kepanasan. Akuilah tak semua beliau dapat setel maklumlah barah itu sudah berumur 50 tahun dan ubat yang disuntik pulak baru 2 tahun pakai. Ubat tak semestinya mujarab cepat namun unsur-unsur mencambahkan barah itu tiada Alhamdulillah!!!

Itu pasal gua menulis politik dalam blog ini. Nak bagi mereka yang tidak mahu berfikir agar dapat membaca fikiran gua. Tak lah setajam mana namun gunanya ruang komen itu adalah untuk berkongsi dan berhujah andainya tidak setuju dengan mana-mana pandangan gua.

Rumah atau pokok yang dulu?




- Posted using Mobypicture.com

Thursday, April 29, 2010

Zaini Hassan tu bodoh agaknya.

Cuit Zaini Hassan kolumnis Utusan Malaysia memang bikin palat! Apa yang ko dengki pada orang cina kalau dia kaya sekalipun? Memang benar mereka baik dalam Ekonomi. Gua takda hal asalkan dia tak merompak, rasuah, kacau anak dara orang, bunuh orang dan lu bikin artikel sebegini memang lu banyak celaka!

Kenapalah orang seperti lu wujud atas muka bumi ni?

Kenapa Melayu tak lama berjayanya dalam perniagaan? Ada lu buat post-mortem? Kenapa tiba-tiba restoran mamak macam cendawan tumbuh ada lu buat kajian? Kenapa nak dengki-dengki nih bila lu yang tak bernasib baik macam orang lain? Tuhan kurniakan akal dan kederat kenapa tak guna dengan sebetulnya?

Sebetulnya kita iri hati dengan cara yang positif. Motivate diri kembali dan bermuhasabah. Kompang sekampung aje tak jadi apa kalau peluang yang ada bangang tak reti nak manfaatkan!

Kenapa mereka kaya, berjaya, mewah itu dulu kita study dan praktik. Bukan macam apa yang lu tulis dalam artikel lu!

Gua syak lu mesti bangang meniaga kan?

Lumba pakai kerusi pejabat!

Event setiap tahun kat Jerman.

Lazypalace.com

Entry merepek..

Ingat lagi masa gua tengah habiskan sisa-sisa degree gua kat Ireland. Gua buat secara muadalah je. Maknanya diploma kat Malaysia, Uitm then setahun setengah degree kat Ireland tu pun jadi 2 tahun lebih sikit sebab gua lebih ke melancong dan main-main dari belajar. JPA sponsor, apa ada hal. Masa tu kes Anwar sepi dah sebab dah duduk dalam penjara dan aktiviti friendster tengah melonjak macam facebook hari ni. "u ada facebook?" tanya seorang hamba Allah pada gua.. Macam haram kan?

Tengah-tengah layan gelagat orang kat pekan datang seorang gadis orang putih kat gua. Muka berkerut macam ada masalah besar.

"cantik.." ujar gua dalam hati.

Gua syak masa tu gadis orang putih ni tak berapa nak gadis jugak la. Semua tahu yang life kat Eropah ni lain macam dia punya terbarai. Cuma gua ngan housemate gua je iman terjaga, maklumlah usrah manjang je. Tu pasal sampai sekarang usrah-usrah ni masih lagi gua praktik sampai sekarang. Kalau tak, hujung minggu mungkin gua di 'the zouk' buat part time job imam kat dance floor...

Kembali pada topik..

Gua padamkan api rokok cengkih gua sambil tersengih berdebar. Maklumlah gadis cantik yang kena taste gua menegur. Ni kalau dia usap rambut gua mahu icu perginya sebab pitam.

"ya cik, apa yang saya boleh bantu?" speaking loghat england bersahaja dari gua. Maklumlah dulu PMR dan SPM markah tertinggi dalam kelas..

Nanti gua sambung sebab lupa pulak apa awek orang putih tu tanya gua... :)

KJ kena do something..

Ada sesuatu yang tidak kena bila Ezam diangkat jadi senator. Yang tak kenanya bila gua tengok nasib Khairy Jamaludin aka KJ. Adakah nasib KJ akan berubah atau akan tetap macam tu jugak? Berat persoalan ini.

Dalil tidak diangkat KJ menjadi menteri ketika menang pemilihan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pusat ialah untuk menguatkan parti dari dalam dan luar tapi serasa gua beliau gagal. UMNO tetap begitu. Suara Pemuda makin tenggelam. Suara Pemuda Gerakan dan MCA yang gua tengok makin lantang. Pemuda UMNO lambat dalam memenangi apa jua isu. Putera dan Puteri apatah lagi.

KJ gua ingat kena buat sesuatu. Ezam kedepan dah. Tak mungkin beliau berpaling kebelakang dah. Itupun kalau beliau dapat post menteri. Huh... Ibarat mimpi ngeri buat KJ gua syak walaupun nanti KJ akan nafikan macam biasa.

Dan kini PERKASA! Macam lidah UMNO gua tengok. KJ makin tenggelam dek perkasanya Ibrahim Ali walaupun Ibrahim itu tak la muda lagi. Liat jugak hayat beliau ye.. Memang hardcore la moyang gua cakap dia tu walaupun moyang gua meninggal dah dan gua tak sempat tengok beliau.

Ok. Dah maghrib..

Wednesday, April 28, 2010

Gua terbau racun tikus!!

Walaupun tugas dia tu penegak kebenaran dan mencegah kebathilan, belum tentu betul semuanya. Biasanya majoriti begitulah dengarnya. Namun segelintir pastilah anai-anai yang mencacatkan dan merosakkan.

Dalam apa-apa institusi terutama dalam hal kerja, biasa kita dengar yang pemalas, kaki tuang, kaki bodek dan segala macam jenis kaki lagilah yang mana kalau gua taip sampai subuh takkan sudah.

Polis itu bunyinya baik kerana kerjanya itu mulia asalnya. Namun semua orang tahu yang polis juga ada kaki rasuah, kaki bodek boss, kaki tuang, kaki bercagu juga ada dan macam-macam lagilah. Yang gua taip tu negatif semuanya tapi taklah semua berperangai begitu. Tanya saja apis gemok, company dia pun ada beragam perangai juga dan termuat juga yang baik-baik seperti beliau tak pulak gua nafikan.

Bila meletop kisah budak 15 tahun itu yang ditembak lalu meninggal dunia dan semacam pulak beritanya keluar seakan-akan ada benda mahu disembunyikan maka takkan kita juga bodoh untuk terus membenarkan tindakan polis? Ada gua terbaca dialog dari mereka sebagai saksi yang diwawancara wartawan ulasnya mendengar berbalas tembakan!! WTF?? 15 tahun tu bai!!!!

Ada juga versi katanya dia itu join geng samun, ada versi pulak katanya baru pulang pegi nonton bola atau main bola (gua lupa yang mana satu). Gua bertambah pelik!!!!

Nak gua ulas panjang-panjang masih lagi dalam siasatan polis. Secoret yang terpapar disini datangnya dari sumber yang berkeliaran di media-media tak kira yang tradisional mau pun yang moden.

Pilu bila menonton sidang media dari ibu dan kakak si arwah dan pembelaan sewajarnya dan siasatan menyeluruh itu perlu. Kes Kugan, Teoh Beng Hock, dan perempuan yang namanya gua lupa itu pernah keluar laporan dari Malaysiakini seakan-akan serupa. Penjawat awam tak kiralah sapa pun, kalau dah salah ia perlu dihukum!!

Penemuan sisa bahtera Nabi Noh A.S.

Gua copy gambar je. Nak taip tiba-tiba datang pulak malas. Maklumat lanjut lu orang usha blog pulakdah.blogspot.com

Pernah tengok keldai jenama BMW?

Kelakar jugak bila ingat balik yang gua dulu ada gak buat perangai macam ni..




- Posted using Mobypicture.com

Tuesday, April 27, 2010

Selintas langsung hari ni..

Betul juga kata Subky Latif. Mahathir senyap isu APCO!. Kerana ini isu sensitif tentang negara dan kebiasaannya Mahathir tidak senyap. Adakah benda-benda rahsia lagi yang kita tidak tahu? Semoga akan ada lagi pembongkaran..

Kes Teoh Beng Hok sudah berjalan lagi. Gua nak tunggu laporan Pornthip aje. Tapi dengarnya pakar yang mewakili SPRM juga ada menerima ugut-ugutan ni. Laporan polis telah dibuat. Kita tunggu ajelah. Kot tak skang time cucu kita sok tahu kisahnya itu.

Lepas ni PRK di Sibu pulak.. Ermm... Best!

Apsal entry kali ni macam cilake gua taip?


Rasa nak padam jek...

Memang tak jadi kerja kalau pejabat macam ni punya design.




- Posted using Mobypicture.com

Berbudi pada tanah.

Kini sudah bermula kebun yang kedua!

(Ceria pagi) buat benda-benda pelik ni bagilah kat diaorang..




- Posted using Mobypicture.com

(Ceria pagi) amboi, sopannya!




- Posted using Mobypicture.com

Monday, April 26, 2010

Selamat Pagi Semua.

Semalam kita bergembira manakala malamnya kita bersedih. Akibat penipuan melampau kita curiga nasib untuk masa depan. Yang jahat itu disanjung bilamana ia seiring dengan kuasa. Yang baik itu dikeji fitnah lantaran kuasa yang wujud cukup terhad.

Cintai demokrasi sampai bila-bila. Bekerja keras hingga hujung nyawa. Putus asa tiada dalam kamus hidup.

Dan pagi ini kita terus bekerja dengan ceria. Emosi semalam kita tinggalkan segera setalah kita ambil pengajaran darinya.

Selamat Pagi warga Malaysia. Salam sejahtera buat semua tak kira musuh dan tak kira lawan!!

(entry ini tiada kena-mengena dengan politik)

Sunday, April 25, 2010

Ayat yang gua jangka keluar dari mulut Najib terpampang kat dada akhbar.

"Gagasan 1Malaysia semakin diterima. Rakyat mula sedar"

"Pakatan rakyat hanya berlebih dalam beretorik namun semuanya dapat dinilai oleh rakyat yang semakin bijak"

"Rakyat sedar hanya Barisan Nasional yang mampu mentadbir negara ini"

"Kemenangan calon dari kaum India dikawasan majoriti Melayu bukti gagasan 1Malaysia diterima baik segenap lapisan masyarakat"

"Pakatan Rakyat ditolak kerana pakatan itu sendiri sememangnya lemah"

"Syukur alhamdulillah, kita menang dengan majoriti yang lebih besar dari sebelumnya"

******

Kalau la ayat di atas tu skrip dari APCO, gua cuma charge sejam RM50 je untuk jadi penasihat PM!!!

Boleh???

Gua harap PM tak baca entry ni

PRK kali ini BN menang besar. Menang pulak dalam Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Musuh Najib dan UMNO Barisan Nasional. Najib akan senyum besar malam ni. Mungkin sekarang sedang sibuk susun ayat-ayat bongkak dan sindiran buat PKR dan Anwar Ibrahim.

Perghhh.. Tak sabar gua nak beli Utusan Malaysia esok.

So, Najib yakin rakyat dah swing maka apa-apa yang tertunda sebelum-sebelum ini, masa inilah boleh dipraktikkan. GST, naikkan minyak petrol, naikkan tol, naikkan gula ke, tebu ke, roti ke, beras ke... apa-apa ajerlah. Maklumlah negara tengah sengkek. Memang best!!!

Orang felda yang dapat RM1000 kelmarin ni skang masa lu. Lepas ni lu siap la terkangkang seribu tu abis dalam masa sehari aje. Gua harap bank draf yang dia bagi selepas tertunggak 15 tahun angkar PKR, ooppppsss silap angkara BN tu laku kat bank bila nak bank in duit. Boleh la kalau nak renovate umah atau downpayment Proton Neo CPS.

15 tahun beb!!!!! salah PKR ke tu? atau mamat yang superimpose gambar Zaid minum arak tu yang genius????

Entry khas pada yang bangang pangkah BN siang tadi!!!

Katalah PKR kalah kali ini. First time kalah di dalam negeri yang dia sendiri perintah. Kekalahan di Batang Ai dan Bagan Pinang adalah kerana 2 tempat tersebut dalam negeri bawak kekuasaan Barisan Nasional. Kalah pula pastinya dengan majoriti yang lebih besar maknanya esok BN akan bertambah bongkak serta menyalahkan Kerajaan Negeri yang gagal jaga kebajikan rakyat sendiri.

Alasan macam sial!!

Buat rakyat Malaysia, sini gua nak bagi paham. Sekolah dan Jalanraya bawah kuasa Kerajaan Pusat. Felda jugak dibawah pusat dan yang jaga adalah bekas menteri bernama Yusof Nor. So kalau nak tuding jaring yang bau taik tu ke PKR anda adalah bangang sebangang-bangangnya. Dalil pembangunan ada 2 kategori. Jangan jadi bodoh macam menteri BN.

Air telah diswastakan semasa pemerintahan BN. Sebelum ni JBA adalah bawah pusat. Alasan tukar agar lebih efisien kerja dan pentadbiran. Maknanya BN memang sejak dulu lagi dah mangkok. Dan bila Kerajaan PR yang dapat rampas Selangor memfreekan air pada kegunaan bawah 20 meter padu dan BN naik gila maka sendiri boleh cermin muka dan ketuk sikit kepala otak agar boleh berfikir sapa yang benar dan salah.

Marah bila India dan China dari DAP dan PKR menang tapi bersorak pulak bila kaum tu menang guna tiket Barisan Nasional. Alasan tahap tadika yang di beria adalah ketuanan Melayu dalam bahaya. Rasa nak bagi penerajang padu kat perut sapa yang cakap macam tu.

Yang potong peruntukan untuk agama adakah dari DAP dan PKR? Guru KAFA yang sejak dulu macam tu jugak adakah salah PKR? Peruntukan masjid dan zakat buat main adakah salah DAP jugak? DAP yang berkaum Cina dan India dia nak jaga kaumnya dia punya pasallah. Sepatutnya Melayu yang ramai-ramai dalam Parlimen dan DUN tu buat perkara yang sama. Berlumba-lumba!!!!!! Maka rakyat akan senang sebab itu pun fungsi wakil rakyat bukannya wakil keluarga dan anak-pinak.

Bukan susah nak pikir. Yang beragama Islam, kecoh 2,3 minggu ni isu APCO. UMNO tak nafi dan tak jawab tuduhan dari PR tentang Yahudi laknatullah jadi penasihat kepada negara yang mengaku kononnya negara Islam. Tapi tuduh PR politikkan isu. WTF!!!!!! So, yang bangang sokong puak tu pasal apa? Jahat kah DAP dan PKR sampai UMNO tetap suci walaupun guna Yahudi yang siang malam balun rakyat Palestine? Jahatkah DAP dan PKR bila rakyat Palestine kebuluran angkara kaum yang kini kita bayar juta-juta just untuk nasihat? Bangang sangatkah sampai mahu pakai Yahudi laknatullah itu yang sejarah merakamkan mereka dah bunuh hampir 300 atau lebih utusan Allah/Nabi!!!!

Apalah sangat RM1000 kalau nak banding muntahan peluru mesingan yang merobek perut ibu mengandung yang beragama ISLAM!!!!

Akhir zaman!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Gua syak PKR kalah!!

Orang-orang besar BN khabarnya sudah menjelma. Ini petanda buruk. Muhyiddin dah timbul, Hishamuddin pun dah datang, Najib on the way katanya...

Kalau pakat-pakat datang ramai-ramai tu maknanya kalah la PKR. Standard gay game dari BN.

Dah 10 PRK kan? Takkan tak tahu-tahu lagi...

Konklusi sepantas kilat untuk masa ini dari Hulu Selangor

Jiwa tak sabar punya pasal, so gua rayau-rayau jugak la ke blog-blog yang bersepah tu. Makin bertambah berdebarnya. Masing-masing ada yang claim rasmi dan ada jugak yang tak rasmi. Makin berpinau tengok keputusan yang berjela-jela. Ntah mana sumber gua pun tak tahu.

Dengarnya Chegu Bard di tahan polis petang tadi. Al-kisah katanya dia kena serang dek orang situ dengan parang. Yang pelik pehal pulak dia yang masuk lokap? Moga beliau selamat sebab dengarnya peguam pun tak leh jumpa dia.

Lagi terbaru dengarnya Adun dari DAP belah Damansara accident dan meninggal dunia. Semoga family beliau tabah dan bersabar. Makin banyak PRK la nampaknya. Apa pun perjuangan tetap diteruskan.

Maklumat dari Topeng Perak pada update 8.29 tapi kobarnya PKR tengah eading bertiang-tiang. Gua harap sumber tu sahih.

Itu aje buat setakat ini...

Debaran kian terasa...

Pintu untuk mengundi sudah di tutup hampir 2 jam yang lalu. Debaran kian terasa. Macam budak baru tumbuh gigi dibuatnya. Zaid dan Kamalanthan apatah lagu ye tak?

Merantau dari blog ke blog makin buat gua bertambah berdebar. Huh, harap berita baiklah malam ni ye..

Oooppsss... member gua yang masuk besi ikut bontot tu dah keluar hospital dah. Nampaknya usrah mingguan mungkin akan berjalan seperti biasalah lepas ni gamaknya. Makin sibukla gua sebagai guru mursyid nampaknya namun untuk membangunkan sahsiah remaja-remaja telajak ini akan ku teruskan jua. "lu Lukut jangan buat sibuk-sibuk pulak ye?"

Terima kasih dan syabas buat mereka yang bertungkus-lumus meraih undi dan yang berkampung disana demi memastikan PR terus hidup di Hulu Selangor. Jasa anda insyaAllah akan ada balasannya. Mungkin generasi akan datang dapat melihat berkuburnya UMNO yang bongkak, sombong bodoh itu.

Gua tak larat nak tengok update kat blog memember, makin kuat debaran. Gua tunggu result ajerlah....

Jeneral Kerengga.

Tengah ngemas kebun. Jumpa sarang kerengga. Kami serang dan mereka hantar wakil perdamaian dengan kami sambil mengangkat bendera putih. Sempat saya mengambil gambar wakil tersebut.

Harapnya janganlah kamu buat satu tindakkan yang merugikan esok....

Esok nampaknya bolehlah rakyat Hulu Selangor hidup dengan aman dan damai. Abis dah highlight satu negara pada Parlimen nan satu itu. Lusa semua orang akan berkemas balik. Antara Zaid dan Kamalantah, salah sorang akan angkat sumpah di Parlimen selaku wakil rakyat dan bertanggungjawab untuk rakyat di kawasannya. Yang tak dapat angkat sumpah, pelan-pelan nama mu itu akan luput di telan sejarah. Tapi bagi wa Zaid mungkin akan ada banyak kerja lagi. Maklumlah memang sebelum di isytihar bertanding pun dia dah popular dah. Macam Siti Nurhaliza gamaknya.

Peperangan terbuka akan tamat tapi peperangan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional akan berterusan. Peperangan zaman berzaman atok wa cakap sebelum dia meninggal dunia dulu. Gua pun lupa tarikh tepat meninggalnya beliau itu.

Peperangan dalam menegakkan idealogi. Mempertahankan dasar yang masing-masing rasa betul. Hebahannya ada dan terpulang pada kita untuk menilainya. Gua dah nilai dalam tempoh sejak Anwar Ibrahim dipecat atas tuduhan salah laku. Salah lakunya itu pelik sangat Bagi gua sebab skrip terlalu longgar di mahkamah. Kot di tuduh rasuah agaknya mungkin sekarang gua totok UMNO macam uncle gua yang sorang tu. Nak kata senang tak la jugak, dengarnya bankrap c jugaklah dia itu.

Bila sahaja ditubuhnya PKR dan bergabung pulak dengan PAS dan DAP, terdetik jugak gua betapa genius mamat sorang ni. Maklum sahaja PAS dan DAP dah berkuntau idealogi sekian lama. Islamic State dan Malaysian Malaysia memang macam air dan minyak waktu tu. Tapi bila dah duduk semeja dan berperang ke arah UMNO dan Barisan Nasional dan menetapkan hak pada yang berhak serta amanah dalam menunaikan tanggungjawab maka choice pada gua waktu tu memang takda melainkan gua sokong Pakatan Rakyat buat masa sekarang. 10 tahun lagi gua tak jamin la kan.

Gelaran komunis pada DAP dan Extrem agama pada PAS gua tak ambil pusing. Nak kata dulu Lim Kit Siang anggota bintang 3 takda pulak tertulis dalam buku sejarah. Haji Hadi dulu sama-sama Osama bin Laden kat gurun Afghanistan tak jugak gua dengar ada mulut-mulut bawak cerita. So takde masalah la kalau nak banding UMNO dengan APCO tu. Jawab terkial-kial alih-alih bawak ke JK hak Parlimen. Rasa nak bagi pelempang pun ada gak pada yang gatal-gatal tangan buat kerja tu.

Setiap kali PRK memang UMNO janji macam-macam. Gua tak tahu tempat lain tapi UMNO menang kat Bagan Pinang memang ada perubahan. Perubahannya Adun tu dapat kawin lagi.... kahkahkahkah... Dengarnya pelbagai janji UMNO BN bawak pergi ke Hulu Selangor. Heran jugak, yang bertanding MIC tapi nape UMNO pulak yang bagai nak gila korek tabung rakyat? MIC takde tangan dah ke nak korek tabung buluh tu?

Percayalah, Michael Jackson tetap dah mati dan takkan hidup semula, Siti Nurhaliza akan terus menyanyi menghiburkan kita semua, Minyak tetap akan naik tahun ni tak kira BN kalah atau menang, dan ia tetap akan sebegitu. Menang atau kalah BN esok janganlah mimpikan bantal emas. Bantal tu dia punya. Sampai matilah dia takkan kongsi ngan orang lain. Janganlah kamu terus diperbodohkan lagi!!!!!

Najib cakap dari debat dengan Anwar baik jumpa rakyat

Gua pulak cakap, dari jumpa rakyat baik jumpa Obama... kahkahkah..

Cakap-cakap orang takut kalah debat. Eh, Najib pandai debat ke? Pegi mahkamah pun penakut!!! kahkahkahkah...

Lu punya kenyataan bagi peluang Anwar jawab dalam media perdana seperti TV3 dan Utusan. Ada berani? Kalau lu berani tak debat pun takpe. So masa emas lu boleh la jumpa rakyat Hulu Selangor bagi duit RM1000.

Aparaaaaaaaa!!!!!!!!!

***********

"Mana ada dalam perancangan nak berdebat dengan Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Bharu. Tak ada. Saya lebih suka kalau dapat jumpa dengan anda kerana lebih banyak faedah yang diperolehi daripada berjumpa dengannya. "Oleh itu kita jangan ambil kisah apa yang dilakukan pembangkang kerana mereka lebih mementingkan politik daripada memperjuangkan agenda rakyat," katanya ketika berucap pada majlis kenduri rakyat di Kampung Melayu Rasa di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim.

Beberapa kain rentang dipasang di sekitar pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) yang mendakwa Perdana Menteri akan menyertai debat perdana dengan Anwar di stadium mini KKB pukul 9 malam ini.

Najib berkata, perdebatan seperti itu jelas tidak akan menguntungkan sebarang pihak malah rakyat juga tidak seharusnya dibabitkan dalam permainan serta helah politik pembangkang yang tiada kesudahan.
"Tidak ada gunanya saya menyertai debat yang tidak bertujuan dan belum pasti apa faedahnya. Kita ada gagasan, kita ada dasar, kita ada kemahuan yang telah pun dibuat. Saya akan teruskan pembaharuan ini," katanya. - Bernama

Saturday, April 24, 2010

Sepantas berita di Hulu Selangor.

Saat akhir dah skang ni di Hulu Selangor. Dua-dua pihak masih lagi tadak ada yang mahu mengalah sebab kalau mengalah skang ni maka hilang la wang deposit. So, tindakan yang bijak tunngu ajelah sampai wisel penamat di bunyikan oleh SPR nanti.

Panas memanglah panas. Kehadiran TGNA dan pimpinan yang lain merancakkann suasana. Di belah BN pula apa kurangnya. Kerahan tenaga segala agensi asal boleh di punggah. Kalau Jabatan Hutan free pun gua syak akan kena paksa sekali. Relevan Jabatan Hutan ni dengan Hulu Selangor tak pulak gua tahu.

Setakat ni tak gua dengar ada mana-mana dari dua pihak ni menjemput artis-artis untuk berkempen sama. Mungkin Siti Nurhaliza and the gang busy benda lain gamaknya. "Weh, buat Jom Heboh pun sempoi jugak nih..." ada satu pakcik menjerit bagai halilintar kuat suara dia tapi takder siapa yang pedulik.

Berdebar memang berdebar. Macam tunggu saksi kata sah bila dah sudah akad nikah lagaknya. Bagaimana la perasaan Zaid dan Kamalanthan masa ni ye? Malam karang dapat tidor atau tidak mereka berdua tu. Ada gua kesah?!! hahahaha....

Dengarnya malam nanti ada debat. Anjuran PKR nak lawan one by one antara Anwar dan Najib. Hek eleh, PKR ni pun satu. Yang provoke sampai tara macam tu buat apa, ingat Najib berani ke? Kalau Rosmah apatah lagi. Ajak la Zul Kulim ke, Zahrain ke, Ezam ke barulah percent tu tinggi puak ni datang...

Petang-petang ni merapu memang best tapi best lagi layan kartun kat TV...

Chaw dulu ye.......

Apa agaknya kegunaan kerusi tu ye?




- Posted using Mobypicture.com

Banyak benar duit, jamban pun nak di make upkannya.

Mungkin gambar ilustrasi sahaja.

Kerja teliti tahap dewa..




- Posted using Mobypicture.com

Bahana arak!




- Posted using Mobypicture.com

Teknik ni boleh buat berhenti merokok gua rasa.

Nak lagi best bubuh gambar anak sendiri..

Sudah dekat masa untuk mengundi, pastikan anda semakin cerdik ya penduduk Hulu Selangor.....

Apabila Najib balik sahaja dari Amerika pastinya beliau akan makin nampak gempak. Maklumlah sudah buat perbincangan 4 mata dengan manusia yang paling berkuasa di atas muka bumi ni. Diulang, manusia yang paling berkuasa di atas muka bumi. Canggih kan ayat gua.

Tapi kenapa di Hulu Selangor semalam beliau merepek-merepek yang bukan? Mana penasihat beliau yang berkelas dunia itu?

Janji-janji pembangunan ini setelah di analisa oleh pakar-pakar yang dari pelbagai lapisan adalah tidak berapa relevan lagi. Dan kenapa kaedah ini masih diguna pakai oleh Najib???

Adakah ini strategi Najib untuk masih menganggap orang lain bengap dan dia sorang aje yang pandai? Rais Yatim pun satu. Yang pegi janji 11 kiosk untuk penduduk Hulu Selangor tu apa jadah? Bukan gua membantah, tapi kenapa mesti bermula di Hulu Selangor? Bila jadi begini orang lihat seperti rasuah politik pun ada juga.

Pampasan yang dibayar semalam adalah tunggakan dari penantian penduduk Felda sejak belasan tahun. Sejak dari awal 90an dan pada ketika itu Hulu Selangor dibawah kuasa Ahli Parlimen Barisan Nasional manakala Negeri juga bermenteri besarkan di kalangan ahli UMNO. Ini seperti membuka kesalahan diri sendiri dan bukan kesalahan PR secara langsung atau tidak langsungkan??? Lagipun pampasan pada penduduk Felda, nah!!!!! Nasib baik ada PRK, kalau tiada? tunggu lagilah belasan tahun atau PRU yang akan datangkan?

Sesudah menelanjangkan calon PR dengan isu moral peribadi dan kemudian kantoi-mantoi yang rupanya pemimpin dari kalangan BN sendiri pun bermasalah, gua simpati UMNO dan BN tetap jadi juara dalam membodohkan diri sendiri di khalayak ramai.

Isu gambar Eli Wong yang dengarnya bersepah-sepah dalam keadaan menghairahkan juga buat gua musykil. Adakah mereka lupa atau buat-buat lupa tentang Chua Soi Lek?

Aduhai UMNO BN, kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa?

Tell me, tell me..........

Jom bersarapan......

Pada majlis itu, Perdana Menteri juga membawa berita gembira kepada kira-kira 5,000 penduduk Bandar Sungai Buaya dan hampir 20,000 penduduk sekitarnya apabila mengumumkan pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Lebuh Raya Utara-Selatan membabitkan kos RM85 juta pada tahun depan.

Beliau berkata, ia membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) komited mengatasi masalah rakyat terutama di kawasan berkenaan.

"Inilah komitmen kerajaan BN. Atas usaha Datuk Seri Noh Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kita dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Pengerusi Idiqa Development Holdings Sdn Bhd, beliau berjaya membantu untuk bayar kepada pemilik tanah.

"Setiap penerima, iaitu 80 Melayu, tujuh India dan 13 waris masing-masing akan menerima RM50,000 setiap seorang," katanya pada majlis yang turut dihadiri Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Sebelum ini, peneroka tanah rancangan Felda itu menuntut bayaran pampasan dijanjikan pemaju yang gagal membangunkan kawasan itu sejak pertengahan 1990-an. Mereka hanya menerima RM250,000 daripada RM1 juta pampasan yang dijanjikan selepas projek itu terbengkalai atas sebab-sebab tertentu termasuk krisis ekonomi pada 1997.

******

Sebab apa aku seronok setiap kali ada PRK?

Sebab UMNO dan Barisan Nasional secara automatik akan bersifat keanak-anakkan. Macam budak 4 tahun yang lambat putus susu.

50 tahun takkan masih begini strategi peperangan?

Jom pegi sarapan. Sabtu pagi yang indah ni pekena roti bakar ngan telur separuh masak 2 bijik memang mengancam.....

Sangkakan bali dari Amerika makin cerdik, rupanya makin sengal pulak!!!

BUKIT BERUNTUNG: Penantian 15 tahun 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya untuk menerima tunggakan pampasan tanah, berakhir semalam menerusi campur tangan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Lebih manis, kegembiraan mereka dikongsi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan sendiri wang pampasan berjumlah RM50,000 seorang kepada 100 peneroka yang hidup.

Mereka menerima RM1,000 wang tunai dan bakinya RM49,000 dalam bentuk draf bank daripada Najib pada majlis Penyampaian Pembayaran Tanah Felda Kepada Bekas Peneroka, Penyerahan Cek Pembinaan Susur Keluar Masuk Sungai Buaya dan Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid serta Surau Daerah Hulu Selangor, di sini semalam.

*****

Tak penat-penatkah menunjukkan kebodohan diri sendiri depan khalayak ramai?

Malang betul orang Jelebu sebab dapat Rais!!!

Hulu Selangor daerah pertama terima e-kiosk

SERENDAH: Hulu Selangor menjadi daerah pertama di Selangor menerima kemudahan e-kiosk yang menjadi pusat sehenti masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, 11 e-kiosk dengan jenama 'Generasi Digital' itu ditempatkan di 11 mukim dalam daerah berkenaan bagi menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi satu megabit sesaat.


*******

Kenapa Hulu Selangor? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Kenapa bukan Pekan? Bukan Jelebu? Bukan Batu Pahat? Bukan Sibu? Bukan tempat Isa Samad menang kelmarin?

Duit kerajaan Malaysia ni hanya rakyat Hulu Selangor aje ke yang bayar?

Ini tidak adil!!!!!

Kami perlukan keadilan!!!!!!!

Selepas Hulu Selangor ada kiosk tu mana pulak kawasan yang dapat? Kawasan yang ada PRK sahajakah?

Kenapa aku tengok Rais ni nampak bodoh sesangat?

Kenapa aku lihat orang-orang Jelebu seperti di anak tirikan?

Terjamin masa depan anda dengan UMNO!!!!

2 bekas Exco Perak bebas 16 tuduhan rasuah

IPOH: Mahkamah Sesyen di sini semalam, membebaskan dua bekas Exco Kerajaan Perak dan tiga yang lain daripada semua 16 tuduhan rasuah termasuk dakwaan rasuah seks membabitkan projek pembangunan tanah bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, dekat sini.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan membebaskan dan melepaskan semua tertuduh tanpa dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Kedua-dua bekas Exco berkenaan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; serta tiga lagi iaitu bekas Adun Bota, Usaili Alias; bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dan ahli perniagaan, Fazirul Azim Ismail, dilihat berpelukan sesama mereka ketika berada di dalam kandang tertuduh sebaik mendengar keputusan itu. Usaili dan Mohd Osman dilihat tidak dapat menahan sebak dengan Mohd Osman kelihatan berulang kali mengesat air mata ketika keluar dari mahkamah.

*******


Kenapa lepas? Kenapa bebas?

Macam-macamlah politik sekarang ni. Kebal aje kalau sokong UMNO kan?

UMNO SUCI!!!!!

Friday, April 23, 2010

Bagaimana rasanya dinner dengan Rosmah ye Zul?

Bahaya jugak sekarang ni. Seram dengar pengumuman dari Najib semalam. Katanya sudah ada rahsia dia tentang Anwar hasil dari dua pengkhianat PKR. Sapa lagi kalau bukan dari Zahrain dan Zul Nordin. Beria bawak pegi Amerika rupanya nak korek rahsia orang tu jugak. Lain kerja takda. Ngabihkan duit rakyat memang kita serahkan pada dia seorang.

Bagaimana rasanya dapat dinner dengan Rosmah kan? Kena pulak kat ibu negara Amerika. Nak suruh bentak pasal Nuclear Power Plant kang mungkin tercangak-cangak bangang. Baik teman Rosmah Shopping. Karektor Rosmah bagaimana ya wahai Zul Nordin? Lucukah dia? Easy going kah dia? Mesra alam ke? Kalau compare dengan Wan Azizah bagaimana? Siapa yang lebih mesra wahai Zul?

Walaupun begini jadinya, gua sebagai rakyat Malaysia punyai perasaan ingin tahu tentang rahsia orang itu. Kenapa perlu sorok-sorok? Kenapa mesti nyuruk-nyuruk kalau hal ini besar impactnya pada negara? Dedahkan sahaja dan benarkan Anwar jawab di hadapan seluruh rakyat kalau mana ia menggugat kestabilan politik, agama dan sosial negara. Gentle bukan? Dan kalau bersalah serta punya cukup bukti kukuh, apa lagi dakwalah dia!!!

Takut???? selagi tak dedah dan benarkan kami yang punyai otak ini menilai, lu tetap orang yang bermasalah wahai Najib!!!!

Memang kadang-kadang susah nak paham orang ni.

Macam-macam karenah. Tapi itulah yang buat kita semua ceria kan?

Memang takda rupa bersalah.

Macam UMNO gak la. Dia yang salah, pandai pula pusing cerita bagi orang sekeliling rasa bersalah. Memang pakar perang saraf betul. Itulah gunanya APCO kan?

Che Det dah tak macam dulu. Sedihnya.

Semalam dengarnya Che Det datang juga ke Hulu Selangor berkempen untuk Barisan Nasional. Hek eleh, takdelah gegar sangat. Takkanlah nak kempen untuk calon bebas pulak kan? Eh silap, bebas dah tarik diri kan?

Katanya Zaid calon PKR tu katak. Hek eleh, mamai ke apa tok chik sorang ni? Memanglah beliau tu katak. Tapi apa pasal beliau jadi katak kenapa pulak lu taknak ulas? Beliau menjelma macam kaedah Ultraman tu menjadi katak kenapa pulak lu taknak hurai? Ibrahim Ali yang lu sibuk-sibukkan itu di mesyuarat ke apa ntah tu apa pulak? Unta? Gajah? Zirafah? Semut? Belalang tempur? Ikan Jenahak? Lala?

Lu di gelar Bapa Kemodenan. Slogan Wawasan 2020 lu tu sampai kumpulan KRU bikin lagu lalu menjadi siulan anak-anak muda masa tu nampak jugak gahnya berbanding slogan PM-PM selepas lu cumanya tak pulak gua hafal lirik lagu tu. Tapi kenapa cara lu kempen jauh kebelakang macam tak wujud TV digital, Internet berkelajuan tinggi siap ada Broadband, 3G, Wifi, ilmu tuju-tuju, Astro Beyond, Satelit Measat, pergi angkasa pastu balik citer lajunya kapal angkasa tersebut sampai compare kelajuan dengan kereta F1 dengan Alex Yoong (dua-dua sengal), DVD, 3GP datin terlampau dll.

Citer pasal Zaid ada kuda lumba tapi tak berjudi lumba kuda dan lu ada kuda tapi tak boleh nak berlumba. Apakejadah semuanya ini? Tak paham la. Abis mesin lumba kuda tu apa pulak? Kenapa tiba-tiba mesin pulak boleh berlumba kuda dan boleh berjudi sekaligus? Sihir apa pulak ni? arghhh... tak pahamnya. Kompleksnya lah statement dalam ceramah gegar Astro lu tu!!!!

Susahkan bila orang dah salah tapi nak tunjuk dia tu tak bersalah dan hanya orang yang disekelilingnya sahajalah yang bersalah. Maka terciptalah kenyataan-kenyataan level bermasalah dan sering disalah-ertikan. Lu paham? Nak gua translate bahasa Argentina?

Bila jadi macam ni dan tiba-tiba editor tercetak pulak kat akhbar (Utusan dan Berita Harian) esok, lu agak-agak apa yang terjadi pada marhaen-marhaen lu dulu? Boleh sawan tau tak?

"Susahnyalah nak paham kata-kata mantan PM kita ni ye" ujar satu orang pakcik tu sambil membetulkan payung beca beliau.

"Penuh hikmah dan cukup ramuan balaghah beliau, cantik" ujar seorang ustaz lepasan STPM sambil melilau mencari rokok sentil akibat kenaikan mendadak harga rokok Dunhill di Malaysia.

"Kenapa harga rokok ni naik lebih laju dari harga ganja padahal takdalah steam mana pun rokok ni walau di hisap 20 batang sekaligus" kata seorang mat ganja sambil tersenyum kerana tak paham kehendak soalan dari wartawan kepada beliau. Mungkin pagi ni beliau terlambat nak pekena rutin ganja beliau akibat terlambat tidor pikir masalah-masalah ummah dan sosial yang membarah dalam masyarakat hadhari ciptaan Pak Lah dulu.

Mungkin sudah sampai masanya beliau menghafal Al-Qur'an pulak. Manalah tahu, boleh jugak tercalon guru KAFA tahun depan di kampung halaman beliau. Berbaktilah kat kampung sendiri pulak. Separuh umur dihabiskan berbakti diseluruh pelusuk dunia dan negara, kan cantik starting dan endingnya kat kampung halaman sendiri. Barulah cocok ngan peribahasa orang dulu-dulu 'seperti sireh pulang ke ganggang'

Macamlah dia tu (katak & sesumpah) baik sangat.

Tahu atau tidak ketika Zaid ni jadi ketua UMNO bahagian dia adalah peminum arak?

Tahu atau tidak ketika mana beliau ini bertanding pilihanraya atas tiket UMNO, dia adalah peminum arak?

Tahu atau tidak ketika beliau ini menjawat jawatan menteri , beliau ini adalah peminum arak?

Tahu atau tidak yang beliau ini dulu pernah minum arak semasa letak jawatan sebagai menteri dan tak lama kemudian beliau join PKR?

Tahu atau tidak wahai blogger tegar UBN sekalian?

Kenapa masa itu menikus ?

Kenapa ketika beliau sahut cabaran sebagai wakil PKR dalam PRK lu orang mula menyalak?

Sama juga dengan Ezam, kenapa sekarang mahu menyesal sesudah menyerah borang keahlian UMNO? Dan kenapa lu wahai Ezam asyik serang peribadi Anwar sahaja bukan Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, Lady Gaga, Michael Jackson, Hang Tuah, Hang Jebat, Mahathir, Kim Goh Tong, Ananda Krishnan, Mawi, Jachlyn Victor, Ghani Patail, Hadi Awang, Nik Aziz, Messi, Ronaldinho, Ronaldo, Pak Lah, Lah VE, Suami Rita Rudani, Lukut, Sammy Vellu, Bill Gates, Hitler, Lenin, Hosni Mubarak, Ali XPDC dll. Kenapa mesti Anwar sorang aje?

Dan jugak kata-katak yang lompat dari PKR. Kenapa mesti serang Anwar sahaja dan kenapa bukan Siti Nurhaliza atau Halim Napi?

Baik sangatkah Nazri Aziz berbanding Anwar? atau compare sahaja dengan Najib atau Pak Lah? Susah sangat compare sahaja dengan Yusri KRU?

Kenapa bila mana didada ada emblem logo dacing mesti mahu ratib di bibir kutuk Anwar? Abu Lahab dan Abu Jahal serta Firaun? Kutuklah sekali Namrud biar ia jalan seiring. Barulah dipanggil berpolitik sambil berdakwah. Nampak pulak anak yatim kat tepi pentas ketika berceramah tu sedekah sekali seringgit dua. Barulah dapat pakej 3B (berpolitik, berdakwah dan bersedekah). Tak gitu Rosmah?

Setiap kali PRK berduyun-duyun serta berbondong-bondong orang dari PKR masuk UMNO dan BN. Pelik jugak gua dengan musim tukar-tukar parti ketika nak pilihanraya ini. Nasuk ketika bukan piihanraya tak bolehkah? Tak kesiankah dengan petugas parti BN yang nak cek setiap borang join keahlian yang dihantar setiap kali pilihanraya? Mana nak submit borang, nak setel hal remeh pilihanraya, sediakan budget pilihanraya, tapai nasi bungkus, pegi balai polis mintak permit nak ceramah, tebas lalang semak-samun dewan masyarakat sebab menteri nak datang, angkat ratusan kotak air mineral, gantung poster, cari punca elektrik nak on sound system pasal malam nanti ada ceramah, update blog yang dah bersawang, super impose gambar pemimpin Pakatan Rakyat dll

Trend ni bagi gua tak baguslah. Tak thrill dah sebab jiran gua hari-hari gua dengar jolok tekak antara waktu 8.00 malam hingga 8.30 malam. Tak tahulah kalau beliau itu tercekik ketika mentekedarah ikat terubuk tapi takkan pulak setiap malam ye tak? Malam makan udang pun takkan tercekik jugak? TV3 dan RTM kena take note benda-benda macam ni. Kesian rakyat 1Malaysia, asal malam aje nak muntah-muntah. Nanti bila pulak nak ajar anak ngaji...

Pelik gua tapi pelik lagi busu gua. Yang dia tiap-tiap malam pegi buang air dalam tangki tanaman fertigasi gua pehal? Apa dosa gua kat dia? Bukan gua la yang takek pokok durian lu!!!!!

Asal boleh jalan sudah, apa nak kira rupa fizikal kan?




- Posted using Mobypicture.com

Kalaulah media milik Pakatan Rakyat!!!!

Jikalau kantoi mahasiswa sedang berkempen atau join Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, lu orang agak-agak apa akan terjadi pada yang empunya badan?

Jikalau di tampal bahan-bahan internet macam contoh isu sijil Kamalanthan kat Hulu Selangor lu orang agak-agak kena cantas tak dek SPR?

Kalau letak banner atau poster Pakatan kat pagar-pagar sekolah, hospital apa akan terjadi pada nasib banner tersebut?

Ni semua double standard. Bukti UMNO dan Barisan Nasional tak punyai etika yang baik. Kalau depan TV memang ayu muka masing-masing dan nampak suci murni wajah masing-masing. Benda-benda begini yang buat gua hot. Terasa diperbodohkan. Simpati gua pada makcik-makcik yang takda streamyx kat umah.

Tapi itulah UMNO. Tak sudah-sudah nak bodohkan rakyat. Pencacainya pulak sanggup bersubahat menipu walaupun tahu akan kisah sebenar demi sesuap nasi. Halal haram memang ke longkang punyalah. Apa ada hal sedangkan pemimpin-pemimpinya tegok arak pun selamba (maaf, gambar pegi usha kat tempat lain).

Realitinya kita memang tahu. Sama macam Kamalantan tak ngaku kucup mesra tangan Muhyiddin. Gila bodoh punya penipu, kantoi pulak tu. Selamba badak mak bapak dia aje!!!!!

Begini ke bakal pemimpin. Tak pro malahan jauh dari amatur. Macam baru semalam keluar dari perut emak!!!!

Gua syak kalau kena kat Zaid, mau modal macam ni bawak ke PRU20!!!!!!!

Arghhhh.........

Thursday, April 22, 2010

PRK yang best dan panas!!

Memang panas betul PRK kali ni. Pendedahan demi pendedahan kebusukan UMNO dan Barisan Nasional terus berlaku. Satu keseronokan pulak pada gua. Gua seronok bukan apa, keseronokan puak ni menggelabah macam cacing kepanasan. Yang tersasul-masul pun ada. Sendiri salah lagi mahu cari salah orang lain. Orang kalau dah buat salah memang macam tu.

Pada gua, jangan diberi peluang puak-puak macam ni. Mereka cukup kenyang dah makan anak bini. Rakyat biasa-biasa kat bawah ni dah taraf hampir nak telan rumput. Nak kobar susahnya cari rezeki. Lagi mahu mahu menyalak isu ketuanan rakyat. Rasa nak meludah pulak malam-malam ni....

Ezam dah ngamuk. Pusing hal kotak-motak pulak. Ada ajer isu baru dan gempar kononnya sesumpah ni buat. Sambil gua buat air teh bila dengar sesumpah ni bercerita pun confirm teh gua makin rasa sedap. Terkejut? eleh, dia jilat balik ludah dia pun gua tepuk tangan. Tak heran langsung.

Apa cerita kabarnya Kamalanathan punya degree palsu? Betul ke? Kalau betul sah naya puak MIC selama ni ada orang macam tu jadi pemimpin. Silap besar VS Chandran tarik diri. Kalau tak ada harapan menang gak...

TGNA dah turun.. meriah!!!! sayang gua busy benda lain.. Takpe, PRK lain kali gua join.

Ni kali Kamalanathan pulak kantoi. Macam siot je..

Ok, cite ni best. Mula-mula puak Barisan bantai Zaid isu arak. Zaid tak nafi tapi katanya dah taubat. So, pada lu orang la nak hukum macam mana orang macam ni. Pada gua takda hal. Itu hal dia dengan Allah. Dah taubat alhamdulillah gentle dan berani. Gua suka orang ni.

UMNO cukup suka main gay. Dari dulu gua dah tulis menatang alah ni. Serang peribadi kaw-kaw tapi taknak mengaku. Yang kelam kelibut pemimpin depa. Amik kau, KJ ngan Hishamuddin pulak yang kepanasan.

Skang timbul isu Kamalanathan tak ngaku cium tangan TPM. Nak menipu tapi bodoh melampau. Nak tipu pun agak-agak la. 1 Malaysia tengok la ngok. Tak nak mengaku satu hal, kantoi pun satu hal jugak. Kahkahkah...

Mungkin kantoi pasal tak dapat degree kot.. Kahkahkah..

Lu memang best la RPK!

Apa cerita nak gi kalong-kalong selipar pulak ni? Sekali lagi kahkahkah..

Tuesday, April 20, 2010

Keluar PKR tak masuk UMNO tak boleh ke? Macam sawan je ghupanya!

Dulu confirm masuk PKR pasal tak puas hati ngan UMNO. Mustahil pulak bunyinya kalau tak tak puas hati dengan PAS pulak ye tak? Bertahun berjuang, hentam UMNO depan belakang alih-alih bila tak puas hati dengan pasti dokongan sendiri masuk ke parti yang dia hentam hari-hari. Tak ke pelik?

Masuk parti selain UMNO tak boleh ke? Bengong tak?

Takda keadilan itu pun zalim la!

Bagaimana di benarkan Encik Kamalanathan berkempen di tv dan bercerita macam-macam kebaikan Barisan Nasional, sepatutnya tiada masalah dibenarkan juga Encik Zaid Ibrahim menayang muka lama-lama di tv. Keadilan juga salah satu aspek terpenting dalam pemerintahan.

Bodoh ke apa Muhyiddin bercerita pasal keadilan tapi benda-benda besar begini asik terlepas pandang? Kalau keadilan pada pihak lawan anda gagal untuk tunaikan, bermakna toksah claim bahawa anda dan parti anda tidak zalim. Cukup-cukuplah wahai Muhyiddin……..

Berkenaan katak-katak bengong yang turun berkempen di Hulu Selangor dan berceramah untuk memenangkan calon BN, gua no komen. Tak lama, tunggu aje PRU13!!!

Apakejadah?! (part 18)




- Posted using Mobypicture.com

Gambar ganas yang bodoh (part 2)

Failblog.org


- Posted using Mobypicture.com

Monday, April 19, 2010

Bukan WTF! ke namanya tu?

Memang setiap kali PRK, boleh sakit jantung kita dibuatnya. Pelbagai gimik, fitnah, cite katun dihidangkan pada kita. Semuanya untuk meraih undi dan menang.

Tuhan bagi otak buat kita untuk kita gunakan. Sebaik mana pun BN atau sejahat mana pun PR, PAS, DAP atau PKR, 50 tahun aku rasa dah cukup untuk kita cerdik.

50 tahun seolah-olahnya BN terlalu suci. Tiada dosa. WTF?

Adakah sudah adil pilihan raya di bumi bertuah ini? Kalau sesimple ini pun BN tak boleh nak berlaku adil, tak kejamkah namanya itu?

Ada diberi peluang sama rata kepada PR bagi berkempen dan menunai janji selepas pilihan raya? Ada?

Bagi air free kena hina. Bagi seratus pada warga emas pun kena keji. Berapa lama dah PAS kena balun sejak dapat memerintah Kelantan? Baru kini DAP kena kaw-kaw selepas menang Pulau Pinang. Yang salahnya semua orang asalkan bukan BN. Melayu Cina habis kena bantai. UMNO bukan kira tu semua. Musuh politik kalau boleh nak dikuburkan termasuk sekali jasad.

Salah sendiri tak nampak. Kan WTF namanya tu?

Saturday, April 17, 2010

Kurang dari mili saat untuk ketemu ajal. Rasa gua la..

Friday, April 16, 2010

WTF? Kenapa Petronas tiba-tiba sekat minyak ke Iran?

Tak tahu apa yang kemaruk sangat Najib nak jumpa Obama tu pun aku tak tahu. Apa yang dijanji oleh Obama pada Najib pun masih lagi gua berteka-teki. Mungkin Rosmah tahu tapi masalah pada gua pulak bila takda no handphone Rosmah. Yang palat bila tiba-tiba Najib umum sekat hantar minyak pada Iran, WTF?!! Dan dah sekat pun.

25 buah negara paling tinggi penggunaan tenaga Nuklear, Iran tak masuk pun list. Israel yang negara sekangkang beruk tu ada juga masuk list.

Otak rasional letak kat mana?

Apa dah jadi pada Iraq patutnya jadikan pengajaran. Kucar-kacir negara orang tu bahkan ribuan kanak-kanak mati. Ada jumpa senjata kimia?

Dah nak kiamat dah, pehal Najib ni otak dia masih tak cerdik-cerdik lagi? Tu lah, pakai lagi otak APCO!!

Orang putih ni kalau lawak lucah memang tak agak-agak gayanya.




- Posted using Mobypicture.com

Yoga, ada sahaja Vodka pastinya senaman anda sempurna. (18SX)