Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, April 19, 2010

Bukan WTF! ke namanya tu?

Memang setiap kali PRK, boleh sakit jantung kita dibuatnya. Pelbagai gimik, fitnah, cite katun dihidangkan pada kita. Semuanya untuk meraih undi dan menang.

Tuhan bagi otak buat kita untuk kita gunakan. Sebaik mana pun BN atau sejahat mana pun PR, PAS, DAP atau PKR, 50 tahun aku rasa dah cukup untuk kita cerdik.

50 tahun seolah-olahnya BN terlalu suci. Tiada dosa. WTF?

Adakah sudah adil pilihan raya di bumi bertuah ini? Kalau sesimple ini pun BN tak boleh nak berlaku adil, tak kejamkah namanya itu?

Ada diberi peluang sama rata kepada PR bagi berkempen dan menunai janji selepas pilihan raya? Ada?

Bagi air free kena hina. Bagi seratus pada warga emas pun kena keji. Berapa lama dah PAS kena balun sejak dapat memerintah Kelantan? Baru kini DAP kena kaw-kaw selepas menang Pulau Pinang. Yang salahnya semua orang asalkan bukan BN. Melayu Cina habis kena bantai. UMNO bukan kira tu semua. Musuh politik kalau boleh nak dikuburkan termasuk sekali jasad.

Salah sendiri tak nampak. Kan WTF namanya tu?

No comments: