Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, April 29, 2010

Entry merepek..

Ingat lagi masa gua tengah habiskan sisa-sisa degree gua kat Ireland. Gua buat secara muadalah je. Maknanya diploma kat Malaysia, Uitm then setahun setengah degree kat Ireland tu pun jadi 2 tahun lebih sikit sebab gua lebih ke melancong dan main-main dari belajar. JPA sponsor, apa ada hal. Masa tu kes Anwar sepi dah sebab dah duduk dalam penjara dan aktiviti friendster tengah melonjak macam facebook hari ni. "u ada facebook?" tanya seorang hamba Allah pada gua.. Macam haram kan?

Tengah-tengah layan gelagat orang kat pekan datang seorang gadis orang putih kat gua. Muka berkerut macam ada masalah besar.

"cantik.." ujar gua dalam hati.

Gua syak masa tu gadis orang putih ni tak berapa nak gadis jugak la. Semua tahu yang life kat Eropah ni lain macam dia punya terbarai. Cuma gua ngan housemate gua je iman terjaga, maklumlah usrah manjang je. Tu pasal sampai sekarang usrah-usrah ni masih lagi gua praktik sampai sekarang. Kalau tak, hujung minggu mungkin gua di 'the zouk' buat part time job imam kat dance floor...

Kembali pada topik..

Gua padamkan api rokok cengkih gua sambil tersengih berdebar. Maklumlah gadis cantik yang kena taste gua menegur. Ni kalau dia usap rambut gua mahu icu perginya sebab pitam.

"ya cik, apa yang saya boleh bantu?" speaking loghat england bersahaja dari gua. Maklumlah dulu PMR dan SPM markah tertinggi dalam kelas..

Nanti gua sambung sebab lupa pulak apa awek orang putih tu tanya gua... :)

1 comment:

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

ni citer sape ko amik ni? huuhu..