Zul yang berkokok pun sama dua kali lima dengan Berahim Ali. Menyalak hal agama tapi lepas tu ntah apa-apa menikus isu rasuah, APCO, budak kena tembak, isu semasa dan ahhhhh banyak lagilah yang dia ni lepas pandang dan kunci mulut.
Ezam?? Apa tah lagi.....
Orang-orang sebegini bagi gua yang banyak menjejaskan keharmonian dalam negara. Orang ini sebetulnya di diamkan mulut bersuara kerana bunyi yang keluar bikin ramai orang hidup tidak tenteram. Sama juga Khir Toyo. Astaghfirullah....
Apa salah cina dan apa silapnya melayu dah gua ulas sikit-sikit dalam entry sebelumnya. Kita perlu mengorak kedepan dan bukan buka baju dan seluar lalu terjun dalam parit sambil mendabik dada mengaku kitalah pembela bangsa, agama dan negara. Point sebijik-sebijik Allah rungkai untuk kita hadapi. Setiapnya penuh hikmah dan kita perlu guna akal yang waras untuk menyelesaikan dan bukan jadi bodoh untuk terus berdiam diri. Akuilah tidak semua cerdik namun dalam tahun 2010 ni orang yang nak menonjol ramai yang bodoh-bodoh belaka termasuklah mereka-mereka namanya gua tulis kat atas tu. Mereka itu mahu jadi pemimpin, Adun, Ahli Parlimen dan mungkin juga mahu menjawat menteri sepenggal tapi bodohnya melantun-lantun jadilah negara ini seperti di langgar garuda rupanya. UMNO yang bodoh itu kita tahu memang dia bodoh. Berhujah dengan mereka seperti juga bercakap dengan tong gas atau tong sampah dan gua kira kita perlukan seorang dua yang lebih agresif. 3 mungkin lebih cantik untuk membayangkan dari 3 komponen parti dari pakatan rakyat. Anwar sahaja tidak mencukupi. DAP gua tengok bagus namun pandangan mereka cepat dipotong dengan hujah mengatakan mereka itu komunis la, ntah apa-apa UMNO sengal ni.
Mereka menjatuhkan Perak atas alasan kerana PAS jadi kuda tunggangan DAP, namun kenapa Kedah juga kini di tibai sedemikian rupa. Selangor memang gua gerun. Tak abis-abis kena serang. Memang cerdik Anwar letak Khalid sebagai teraju utama. Cool yang bikin UMNO kepanasan. Akuilah tak semua beliau dapat setel maklumlah barah itu sudah berumur 50 tahun dan ubat yang disuntik pulak baru 2 tahun pakai. Ubat tak semestinya mujarab cepat namun unsur-unsur mencambahkan barah itu tiada Alhamdulillah!!!
Itu pasal gua menulis politik dalam blog ini. Nak bagi mereka yang tidak mahu berfikir agar dapat membaca fikiran gua. Tak lah setajam mana namun gunanya ruang komen itu adalah untuk berkongsi dan berhujah andainya tidak setuju dengan mana-mana pandangan gua.
No comments:
Post a Comment