Cakap-cakap orang takut kalah debat. Eh, Najib pandai debat ke? Pegi mahkamah pun penakut!!! kahkahkahkah...
Lu punya kenyataan bagi peluang Anwar jawab dalam media perdana seperti TV3 dan Utusan. Ada berani? Kalau lu berani tak debat pun takpe. So masa emas lu boleh la jumpa rakyat Hulu Selangor bagi duit RM1000.
Aparaaaaaaaa!!!!!!!!!
***********
"Mana ada dalam perancangan nak berdebat dengan Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Bharu. Tak ada. Saya lebih suka kalau dapat jumpa dengan anda kerana lebih banyak faedah yang diperolehi daripada berjumpa dengannya. "Oleh itu kita jangan ambil kisah apa yang dilakukan pembangkang kerana mereka lebih mementingkan politik daripada memperjuangkan agenda rakyat," katanya ketika berucap pada majlis kenduri rakyat di Kampung Melayu Rasa di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim.
Beberapa kain rentang dipasang di sekitar pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) yang mendakwa Perdana Menteri akan menyertai debat perdana dengan Anwar di stadium mini KKB pukul 9 malam ini.
Najib berkata, perdebatan seperti itu jelas tidak akan menguntungkan sebarang pihak malah rakyat juga tidak seharusnya dibabitkan dalam permainan serta helah politik pembangkang yang tiada kesudahan.
"Tidak ada gunanya saya menyertai debat yang tidak bertujuan dan belum pasti apa faedahnya. Kita ada gagasan, kita ada dasar, kita ada kemahuan yang telah pun dibuat. Saya akan teruskan pembaharuan ini," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment