Tahu atau tidak ketika mana beliau ini bertanding pilihanraya atas tiket UMNO, dia adalah peminum arak?
Tahu atau tidak ketika beliau ini menjawat jawatan menteri , beliau ini adalah peminum arak?
Tahu atau tidak yang beliau ini dulu pernah minum arak semasa letak jawatan sebagai menteri dan tak lama kemudian beliau join PKR?
Tahu atau tidak wahai blogger tegar UBN sekalian?
Kenapa masa itu menikus ?
Kenapa ketika beliau sahut cabaran sebagai wakil PKR dalam PRK lu orang mula menyalak?
Sama juga dengan Ezam, kenapa sekarang mahu menyesal sesudah menyerah borang keahlian UMNO? Dan kenapa lu wahai Ezam asyik serang peribadi Anwar sahaja bukan Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, Lady Gaga, Michael Jackson, Hang Tuah, Hang Jebat, Mahathir, Kim Goh Tong, Ananda Krishnan, Mawi, Jachlyn Victor, Ghani Patail, Hadi Awang, Nik Aziz, Messi, Ronaldinho, Ronaldo, Pak Lah, Lah VE, Suami Rita Rudani, Lukut, Sammy Vellu, Bill Gates, Hitler, Lenin, Hosni Mubarak, Ali XPDC dll. Kenapa mesti Anwar sorang aje?
Dan jugak kata-katak yang lompat dari PKR. Kenapa mesti serang Anwar sahaja dan kenapa bukan Siti Nurhaliza atau Halim Napi?
Baik sangatkah Nazri Aziz berbanding Anwar? atau compare sahaja dengan Najib atau Pak Lah? Susah sangat compare sahaja dengan Yusri KRU?
Kenapa bila mana didada ada emblem logo dacing mesti mahu ratib di bibir kutuk Anwar? Abu Lahab dan Abu Jahal serta Firaun? Kutuklah sekali Namrud biar ia jalan seiring. Barulah dipanggil berpolitik sambil berdakwah. Nampak pulak anak yatim kat tepi pentas ketika berceramah tu sedekah sekali seringgit dua. Barulah dapat pakej 3B (berpolitik, berdakwah dan bersedekah). Tak gitu Rosmah?
Setiap kali PRK berduyun-duyun serta berbondong-bondong orang dari PKR masuk UMNO dan BN. Pelik jugak gua dengan musim tukar-tukar parti ketika nak pilihanraya ini. Nasuk ketika bukan piihanraya tak bolehkah? Tak kesiankah dengan petugas parti BN yang nak cek setiap borang join keahlian yang dihantar setiap kali pilihanraya? Mana nak submit borang, nak setel hal remeh pilihanraya, sediakan budget pilihanraya, tapai nasi bungkus, pegi balai polis mintak permit nak ceramah, tebas lalang semak-samun dewan masyarakat sebab menteri nak datang, angkat ratusan kotak air mineral, gantung poster, cari punca elektrik nak on sound system pasal malam nanti ada ceramah, update blog yang dah bersawang, super impose gambar pemimpin Pakatan Rakyat dll
Trend ni bagi gua tak baguslah. Tak thrill dah sebab jiran gua hari-hari gua dengar jolok tekak antara waktu 8.00 malam hingga 8.30 malam. Tak tahulah kalau beliau itu tercekik ketika mentekedarah ikat terubuk tapi takkan pulak setiap malam ye tak? Malam makan udang pun takkan tercekik jugak? TV3 dan RTM kena take note benda-benda macam ni. Kesian rakyat 1Malaysia, asal malam aje nak muntah-muntah. Nanti bila pulak nak ajar anak ngaji...
Pelik gua tapi pelik lagi busu gua. Yang dia tiap-tiap malam pegi buang air dalam tangki tanaman fertigasi gua pehal? Apa dosa gua kat dia? Bukan gua la yang takek pokok durian lu!!!!!
1 comment:
wahh...makhluk perosak tu buang air pulak ke? masalah besar dia ni..sama level ngan isu apco..
Post a Comment