Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, April 24, 2011

Dia ni gila ke apa?

Parti pembangkang dilihat mengambil kesempatan di sebalik projek pembangunan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk kepentingan politik mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata pembangkang dilihat seolah-olah cuba menafikan apa yang dilaksanakan kerajaan dan akhirnya menghasut rakyat untuk menyokong mereka.

"Sehubungan itu semua pihak harus memainkan peranan supaya dakyah politik parti pembangkang ini tidak lagi mempengaruhi rakyat keseluruhan demi masa depan mereka.

"Inilah antara trend yang menyebabkan kita kehilangan sokongan di banyak kawasan bandar dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program memasyarakatkan Seni Budaya dan Pelancaran Kampung Tanpa Wayar di Kampung Dalam, dekat sini.

No comments: