Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, June 15, 2011

Ini tahap babi punya ampu

Tanpa segan silu maka Nazri pun bertindak. Mengampu si badak pada masa yang sangat-sangat tidak relevan. Pada orang tergoogle-google apa maksudnya Berkin itu. Disampuk hantu kopek gamaknya.

Fokus Malaysian kini pada Demo BERSIH 2.0. Rata-rata bersemangat dengan darah yang menyirap. Mamat-mamat mekD dan starbuck berlagak cool dan urban. Maklumlah poket tebal. Apa dia orang kisah pun masalah masyarakat. Politik demokrasi pun buta kayu rasanya.

Tersentak dengan tindakan gila Nazri memuji rosmah pada saat cuaca panas berdenting ini. Mungkinkah Nazri terbau peluh kopek serta ketiak rosmah lalu otaknya pun jadi biol dan telengong? Hanya dia sahaja boleh menjawab.

Satu kesimpulan yang kita dapat. UMNO kini histeria. Badi Mat Sabu terlalu membunuh

Kahkahkah

*****
Penglibatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam pelbagai konvensyen mahupun seminar antarabangsa dilihat sebagai sesuatu yang positif dalam memartabatkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata undangan sebegitu seharusnya dilihat sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai dasar, strategi dan pelaksanaan yang baik dalam bidang pendidikan, pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak serta aspek pembangunan wanita dan kebajikan.

Beliau berkata melalui penglibatan dan pendekatan sebegini, Malaysia dapat berkongsi pengalaman dan pencapaian dalam bidang tersebut.

"Secara tidak langsung, ia juga akan dapat meyakinkan persepsi antarabangsa terhadap pencapaian Malaysia dalam bidang berkenaan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran).

Juslie ingin tahu mengenai persepsi antarabangsa berhubung penglibatan Rosmah yang pro-aktif menyertai forum, konvensyen dan seminar global sebagai suara hak wanita, pembangunan modal insan dan masyarakat di peringkat dunia.

Dalam pada itu, Mohammad Nazri berkata peranan anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) adalah sama seperti yang dilakukan semasa ia diterajui oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata pada ketika itu, BAKTI banyak memainkan peranan dalam menjalankan kerja-kerja amal untuk membantu masyarakat di Malaysia dan peranan itu kekal hingga sekarang.

"Kita telah lihat bahawa ia diterima baik dan tiada pertikaian pun mengenai peranan mereka. Oleh itu, sekarang BAKTI juga melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan dulu dan tiada perbezaan antara dulu dan sekarang," katanya.

- Bernama

Original Page: http://www.malaysiakini.com/news/166988

No comments: