Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, June 8, 2011

Tak Tahan!! Ahli Politik Hantar Foto Berahi Guna Twitter

NEW YORK, 7 Jun — Anggota Dewan Perwakilan Kongres Amerika Syarikat (AS) Anthony Weiner semalam sambil menitiskan air mata mengakui ada menjalin hubungan 'tidak sepatutnya' dengan beberapa wanita menerusi Internet tetapi menegaskan, tidak akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

Weiner, wakil parti Demokrat dan suara liberal utama di Dewan Perwakilan, yang sebelum ini disebut-sebut akan bertanding kerusi Datuk Bandar New York City pada 2013, mengakui ada menjalin hubungan tidak sewajarnya dalam dunia siber dan perbualan telefon dengan enam wanita.

Bagaimanapun beliau menegaskan, kenalan itu tidak membawa kepada hubungan fizikal dengan wanita-wanita berkenaan.

"Saya sangat kesal dengan apa yang saya telah lakukan dan saya tidak akan meletakkan jawatan," kata Weiner, yang dilihat sebagai pemimpin Demokrat yang semakin terserlah, sambil mengesat air mata pada sidang media di sini, semalam.

"Saya telah menghantar gambar diri saya (yang berahi) menerusi Twitter, saya mahu menghantar mesej langsung sebagai sebahagian daripada jenaka kepada seorang wanita di Seattle," kata beliau mengenai imej seorang lelaki dengan hanya berseluar dalam, yang mencetuskan skandal sejak seminggu lalu.

"Sebaik saja saya menyedari saya telah muat naik (foto itu) di Twitter, saya telah panik. Saya telah mengeluarkannya dan mengatakan bahawa (akaun) saya telah digodam.

"Kemudian saya terus berpegang pada cerita itu, yang mana ia satu kesilapan yang dikesali," katanya.

"(Lelaki dalam) gambar itu adalah saya, dan saya telah menghantar gambar itu," katanya lagi.
Paparan laman web Biggovernment.com menunjukkan gambar tidak berpakaian anggota Kongres AS Anthony Weiner yang dihantar kepada seorang pelajar kolej. — Foto Reuters

Sambil mengatakan tindakannya itu sesuatu yang "amat bodoh" dan "destruktif", Weiner menekankan, beliau tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan mana-mana wanita terbabit.

Weiner telah mendirikan rumah tangga dengan Huma Abedin, pembantu yang telah lama berkhidmat dengan Setiausaha Negara Hillary Clinton.

Pasangan itu melangsungkan majlis perkahwinan di hadapan bekas presiden AS Bill Clinton.

"Saya sangat mencintai isteri saya dan kami tiada hasrat untuk berpisah kerana perkara ini," katanya sambil menambah, beliau kecewa dengan tindakannya.

Minggu lalu, Weiner menafikan telah menghantar foto seorang lelaki dalam aksi seolah-olah seorang peninju ketika sesi pengenalan tinju kepada seorang pelajar kolej wanita 21 tahun.

Bagaimanapun pada awalnya beliau mendakwa akaunnya telah digodam.

Weiner berkata hubungannya dengan wanita-wanita terbabit telah dijalin beberapa tahun menerusi Twitter, Facebook, e-mel dan telefon.

Antara lain beliau mengakui pernah menghantar kepada mereka gambar-gambar berahi dirinya. — Reuters

Original Page: http://www.ekele.net/2011/06/tak-tahan-ahli-politik-hantar-foto.html

Shared from Read It Later

No comments: