Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, August 8, 2012

23 Tahun Lebih Negeri Kelantan Dizalimi. Najib Cakap Dia Tadbir Ikut Islam?

1-Penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang mengganggu sistem pentadbiran negeri sejak 1990 dimana ia mewujudkan dualisme dalam pentadbiran negeri seperti wujudnya dua penghulu dalam satu-satu jajahan.

2- Menteri Besar tidak lagi dilantik menjadi Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan dan beliau digantikan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

3- Baja subsidi tidak lagi diberikan secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan yang bekerja sebagai petani tetapi hanya diberi kepada mereka yang mendapat sokongan dari JPP dari kalangan penyokong (parti pembangkang negeri kelantan)

4- Menteri Besar dikatakan tidak lagi dijemput dalam mesyuarat-mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang sudah menjadi Kelab MB BN, sebaliknya digantikan dengan wakil (parti pembangkang di Kelantan) yang kalah dalam pilihanraya

5- Geran Persekutuan dalam bentuk capitation grant, federal road grant, growth grant, dalam bentuk geran keseimbangan dan lain-lain diberi lewat. Ia menyebabkan Kelantan lewat menerima bayaran sehingga dibawa ke tahun berikutnya sedangkan di negeri-negeri lain ada yang dibayar tiap-tiap bulan dan ada yang dibayar pada bulan Januari dan Jun.

6-Peruntukan geran rumah awam kos rendah sebanyak RM12 juta yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan melalui pihak Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan telah ditarik balik sebaik sahaja PAS berjaya mengambil alih pentadbiran Kelantan.

7-Permohonan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz sejak tahun 1991 untuk mewujudkan pelabuhan di Kelantan tidak dilayan oleh Perdana Menteri yang ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah sekarang. (Di Pulau Pinang sekarang, BN mahu swastakan pelabuhan negeri kepada kroninya)

8- Royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan terus dinafikan sehingga kerajaan Kelantan terpaksa membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan royalti minyak dan gas yang mana merupakan hak rakyat negeri Kelantan.

9- Wakil kerajaan negeri untuk berada di dalam Lembaga Pengarah KESEDAR tidak lagi dari kerajaan negeri, tetapi dilantik oleh kerajaan persekutuan.

10-Pengambilan peneroka untuk menduduki Felda dihentikan. Kerajaan persekutuan memajukan sendiri dan mengambil keuntungan dari ladang Felda Plantation walhal tanah Felda diberikan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan, dibangunkan dan menempatkan peneroka.

11-Pentadbiran Majlis Sukan Negeri Kelantan, turut mendapat tempias,sehingga telah menyebabkan arena sukan negeri mempunyai dua identiti berbeza dengan negeri-negeri lain.

12- Kementerian Pelancongan telah melantik agensi lain untuk mengendalikan urusan pelancongan di Kelantan sedangkan kerajaan negeri mempunyai Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) sendiri di bawah Exco yang menjaga Portfolio Pelancongan dan ada pegawai kerajaan yang ditugaskan menjadi pengarahnya.

13- Majlis Persidangan Speaker-Speaker Malaysia yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat sudah tidak diadakan lagi, sejak PRU tahun 2008 lalu. - Asrol Affendi

Published on Kerabu Bersuara ®

No comments: