Artikel yang sangat menarik...
Selepas penyerahan diri penceroboh Lahad Datu semalam, aku memang eager betul nak tengok TV. Saja aje la nak tengok apa menteri2 kita nak komen. Buletin Utama semalam, ada ruangan pasal Najib menceritakan kesedihan dia jumpa dengan family anggota polis yang terbunuh. Najib juga menceritakan bagaimana anak lelaki anggota tersebut kata "abah,bom, abah,bom" dengan muka menahan pilu yang amat sangat.
Kemudian muncul pula segmen Rosmah. Ada tunjuk Rosmah pakai selendang hadiri pengebumian, ada tunjuk Rosmah try tenteramkan ahli keluarga dan macam2 lagilah, maklumlah Rosmah adalah seorang yang sangat multi tasking. Berbadan besar tapi lincah.
Ada jugak segmen tunjuk Hishamuddin Hussein berucap, lepas tu Zahid Hamidi. Dua orang ni aku tak ambik port sangat sebab tak kelakar. Aku prefer berita pasal Najib dan Rosmah. Lagipun, kalau aku tengok muka dua orang ni lama-lama, aku naik marah.
Komen2 semalam yang aku terima dengan jelas menunjukkan yang ramai orang kat luar sana yang telah dapat berfikiran matang dan bersatu dalam menentang ancaman kepada negara. Matang betul komen2 korang attack aku sebab aku hanya suggest satu benda yang sangat harmless, baca Al-Fatihah dekat pejuang Sulu yang mati. Bukannya kena keluar bajet apa pun. Kau jugak yang dapat pahala walaupun kau tak sama niat macam aku suggest.
Peristiwa semalam dengan jelas menunjukkan dalam bab kedaulatan negara, ramai orang yang kat luar sana yang mampu keluar daripada kepompong kepartian dan berfikir secara rasional. Kekalkan benda tu bila bercakap pasal politik lepas ni.
Dah alang2, serentak dengan kemunculan kematangan dan perubahan mentaliti yang telah ditunjukkan ni, aku rasa, ini adalah waktu paling sesuai untuk kita, rakyat Malaysia, mintak kerajaan Malaysia panggil Setev Sharibuu, bapa kepada Altantuya Sharibuu, mangsa pembunuhan kejam dua orang anggota polis, datang ke Malaysia.
Bapak Altantuya perlu diberikan penghormatan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia kerana kes ni bukan main-main. Dua orang anggota polis telah meletupkan seorang wanita bukan warganegara Malaysia di Malaysia. Jika aku bapak Altantuya, aku nak tau apa sebenarnya yang terjadi dan yang paling penting...kenapa anak aku dibunuh?
Diharapkan agar dapatlah kita rakyat Malaysia beramai2, yang sudah matang dan mampu melangkaui semangat kepartian agar bersatu dalam menggesa Kerajaan Malaysia memberikan closure kepada Setev Sharibuu. Anak kau kena bunuh tanpa ada apa-apa penjelasan, kau mampu duduk diam?
Aku quotekan la komen pertama yang diletakkan semalam oleh Anon ;
"Sebab mereka BUKAN BAPA / SUAMI / ABANG / ADIK / ANAK/ KELUARGA kau, Mantot. Tu sebab kau BERANI berkata begini. Semua ni hanyalah sekadar kata2 yg KONON KAU yang paling memahami 'apa yg pejuang rasa'.Andai kata yg terkorban ialah BINI / ANAK kau, aku jamin kau takkan tulis entri yg serba defensif terhadap pembunuh berketurunan Sulu ni."
Bagus. Ini adalah semangat diharapkan. Kau paham apa yang Setev Sharibuu rasa. Makin ramai orang paham apa yang Setev Sharibuu rasa dari 2006 sampai sekarang.
Aku tak paham. Sebab tu aku tulis macam semalam. Tapi janganla berhenti di situ saja. Bukak minda tu lagi besar. Ada beberapa lagi persoalan yang aku pasti rakyat Malaysia berhak tahu dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu dalam mendapatkan penjelasan terbaik dan jujur daripada Kerajaan Malaysia.
Aku pun nak sangat tahu kenapa Sirul dan Azhar bunuh Altantuya. Apatah lagi bapak dia.
Cuba bayangkan, ada Buletin Utama versi Mongolia, tapi Perdana Menteri dia dalam tu kata dia jumpa Setev Sharibuu sambil Setev Sharibuu teresak-esak menangis. "Anak, bom. Anak , bom." Mesti sayu satu Mongolia tengok...Jom la kita ramai2, tak kira parti mana kau sokong, pro atau anti kerajaan, minta keadilan untuk Setev Sharibuu. Suarakan permintaan anda sehinggalah Setev Sharibuu dapat bertemu Perdana Menteri dan dapat penjelasan yang mampu memberikan dia penutup kepada benda ni.
Kalau kau nak kejar keadilan, kau takleh nak prejudis.Semua orang perlu dapat treatment sama. Darjat atau pangkat kena tolak ke tepi.
Dan aku rasa, kalau kerajaan kita sekarang berani face on selesaikan misteri kes Altantuya, sokongan rakyat kepada kerajaan sekarang akan kembali bersinar. Win win situation untuk semua pihak, rakyat kembali dapat menaruh kepercayaan kepada kerajaan sekarang, kerajaan dapat kembalikan imej diorang yang aku rasa memang dah tercalar balar pasal kes Altantuya ni dan kepada bapak Altantuya, sekurang2 nya dia dapat move on dan tidak tertanya-tanya lagi.
Kes Lahad Datu dah selesai dengan gemilang, tahniah kerajaan...lepas ni selesaikan misteri Altantuya. Kembalikan kepercayaan orang ramai kepada pentadbiran sekarang. Aku tengok PM kita cukup sedih bila dia cerita pasal anak beranak hilang ayah tu. Dia tentu faham, apa yang dialami oleh Setev Sharibuu.
Masalahnya, aku tengok kerajaan sekarang mengelak betul bila Setev Sharibuu datang nak bertanya soalan. Ini hal antara dua negara, bukan jenayah local. Dah la melibatkan polis dan bom C4.
Apa kata, cuba selesaikan permasalahan dia, mana tahu, untung2 menang 2/3 pilihanraya, dapatlah halang Pakatan ke Putrajaya?
Come on penyokong UMNO. Berapa lama lagi kita nak hidup dalam spekulasi? Masyarakat yang penuh dengan spekulasi, tak transparent...akan melahirkan orang yang banyak jerangkung dalam almari.
No comments:
Post a Comment