Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, May 3, 2013

Laaa.....Mak Cik Ni Tak Faham Melayu Rupanya!

 

Mungkin dia mendengar tapi tak faham
Dia lihat tapi tak nampak
Dia meludah kelangit tapi sayang tak sempat nak larikan hidung sendiri!

Dia pekak  bila Mahathir bercakap
Dia tak mendengar bila Muhyiddin berucap
Dia tuli bila Chua Soi Lek menghina
Dia rabun untuk melihat apa Brehem katak buat

Sayang dia tuli dan buta
Tapi dia lupa rakyat celik dan peka!

Sebenarnya dia tak ada isu nak cakap
Nak auta biar bertempat
Jadi dia bercakap hanya untuk menunjukkan dia masih wujud!

 
 

Shahrizat: Pembangkang terdesak, terus mainkan isu perkauman


PASIR GUDANG, 3 Mei — Pengerusi Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pembangkang kini semakin terdesak untuk mendapat sokongan sehingga terus memainkan sentimen perkauman dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 

 
Katanya tindakan itu dikhuatiri akan membawa perpecahan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan meminta rakyat tidak mengundi mengikut sentimen perkauman yang hanya membawa kepada kehancuran.

 

“Sebagai pengundi kita harus rasional dan menggunakan akal kita kerana undi ini akan membentuk sebuah kerajaan yang bakal memimpin negara,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Siri Jelajah Wanita BN di Permas Jaya, dekat sini hari ini.
Shahrizat turut melahirkan keyakinan bahawa rakyat akan terus memberi mandat kepada BN pada PRU13, Ahad ini, untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan stabil. – Bernama

(Via MOUNTDWELLER)

No comments: