Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Monday, January 31, 2011

Udah-udahla tu Mubarak

Dah 30 tahun dah. Berpuluh dah mati. Anak ngko pun dah lari. Tak la jantan mana anak lu tu. 82 tahun umur lu sampai bila lu nak menongkat langit lagi.

Ko dengar sini Mubarak, 3 tahun aku kat negara kau kerana aku nak belajar. Aku bahagia di sana kerana ada al-Azhar. Bukan kerna piramid atau patung mummy ko yang bersepah-sepah tu. Aku sentiasa cuak kerana bersepahnya polis-polis kau dek sebab ko takut pada bayang-bayang sendiri.

Mubarak, kini meletus revolusi kerana mereka benci pada kau. Kerana kau bukan pemimpin yang mereka hormati. Diam mereka selama 30 tahun ni kerana mereka menunggu tarikh kejatuhan hina kau.

Tanta Mansoura Kaherah Iskandariah dan Suez bergolak kerana kau. Aku tunggu Demyatt Qina Luxor pula meletup. Aswan Hurghada juga menunggu masa. Maka kau tunggu apa lagi Mubarak? Kau tunggu wahyu Jibrail ke wahai Mubarak yang hina?

Mana sinar Musa as di hati kau? Mana gemilang al-Azhar di mata kau? Mana hebat Salahuddin di dada kau? Semuanya ko lacurkan wahai Mubarak.

Indahnya kalau Abdul Halim Mahmood masih hidup. Indahnya kalau penghulu Jaa'fari masih bernyawa. Indahnya Sya'rawi kalau boleh berkata-kata. Pasti Mesir tidak kecamuk sebegini.

Mampukah kau membayar nyawa yang terkorban? Siapa kau Mubarak untuk terus mengangkat dada.

Kau cuma suami kepada si Suzanne lahanat itu. Kau cuma bapak si Gamal yang pengecut itu. Kau cuma si tua yang langsung gagal dalam hidup.

Hinanya Gamal Nasser dan hinanya Anwar Sadat. Tetapi kau lebih kelakar pada mataku.

posted from Bloggeroid

No comments: