Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, March 23, 2011

Berita yang boleh dikira hangat hari ini.

Di Jepun bahaya radioaktif telah menular ke dalam air laut. Saintis disana cukup risau kerana tahap pencemarannya sangat tinggi. Bahana ikan yang ditangkap seperti ikan kembung contohnya boleh jadi bahaya kalau kita telan. Namun, usah lah kita risau kerana pasti ikan itu tidak mampu untuk berenang sampai ke persisiran negara kita. Terlalu jauh..

Lagi berita yang lain pula adalah diberitakan identiti Datuk T telah dikenal pasti. Bunyinya macam Eskay. Lantaklah, apa gua peduli. Tetapi yang best nonton porno tak salah mana pun kata seorang ulama UMNO bernama Nazri.

Berita lain pula ialah keputusan SPM 2010 keluar hari ini. Sebab lama dah SPM ni gua tinggalkan maka pedulik apa gua. Namun tahniah pada calon yang berjaya serta cuba lagi buat calon yang dapat keputusan tidak memuaskan. Guru Besar jangan nak pening-pening kepala ye. Bukan ko yang ngajar. Ko pandai ngarah aje..

Khir Toyo dan Zulkifli Nordin apa khabar?

Anwar punya kes pula ialah Saiful boleh menarik lafaz lega kembali. 3 barangan asal bukti telah diterima oleh mahkamah manakala dna pula hakim tak bagi. Jadi pandai-pandai la gobok mana tempat yang boleh dapat salinan yang dulu-dulu tu. Jangan nak ek bodoh pula. Ada masa terluang tu pegi baca buku.

posted from Bloggeroid

No comments: