Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, March 14, 2011

Nasionalis vs Agama

Masih ada lagi suara sumbang menyalahkan kegagalan perpaduan antara PAS dan UMNO menjadi punca ISLAM dan Melayu berpecah, ketuanan di injak-injak, bersepah bayi di dalam longkang dan sebagainya. Menilai suara sumbang sebegini membuatkan gua kadang-kala lemas dan angin satu badan dek kebodohan puak-puak sebegini level cara berfikirnya.

Melihat kepada sejarah di Malaysia ini, perseteruan antara PAS dengan UMNO ini sangatlah lama. Punca Nasionalis dan Agama yang tidak boleh bersatu dalam fahaman. Asalnya dahulu duduk di bawah satu bumbung maka satu pihak di terajang keluar kerana tiada lagi persepakatan dalam menyelesaikan masalah. Satu pihak faham nas dan dalil dari agama dan satu pihak lagi guna nas dan dalil juga dari sumber yang sama mungkin tapi tak tepat asbab wurud dan nuzulnya. Mungkin juga kehendak diri mendahului arahan di dalam nas barangkali.

Memahami kehendak agama itu tidak sukar. Sementelah jika ia dipelajari dengan hati yang terbuka. Disiplin dan rukun di ikuti dengan nawaitu yang iklas. Bukan untuk kepentingan harta, pangkat ataupun darjat. Kegagalan sesetengah pihak dalam memahami agama sebenarnya berpunca dari yang tiga inilah. Lalu bercakar sesama sendiri lantaran kefahaman yang rendah serta nawaitu yang bersifat keduniaan.

Mahathir dan Nik Aziz, kedua-duanya pemimpin beragama Islam. Dikurniakan akal yang cerdas serta pengaruh yang tersendiri. Namun kehendak naluri dalam hidup serta gaya yang berbeza jadilah mereka seteru di arena politik. Jadilah pengikut mereka ini berdua bercakaran di bawah. Puncanya berbeza meletakkan mana dahulu antara isu Nasional atau Agama di hadapan. Mudah dan jelas bukan.

*Entry ini tidak bermaksud untuk menerangkan sapa betul dan sapa salah. Tapi untuk bagi faham pembaca kenapa dan mengapa perpaduan tersebut gagal. Faktor dari PKR, keadilan, korupsi dan juga DAP juga wujud. Namun Agama dan Nasional lah faktor yang terbesar.

No comments: