Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, April 3, 2012

Di Turki ...Pendidikan percuma walau tiada minyak.....Di Malaysia....Pendidikan BUKAN PERCUMA walau ada minyak untuk selamatkan KRONI....!!!

 

Jika Turki yang tiada sesen pun hasil minyak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya, tiada sebab Malaysia yang mencatat untung RM90 bilion setahun dari sumber petroleum tidak berupaya melakukan kebajikan sama.

Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga penggal memerintah Turki.Bila kita sebut mansuh PTPTN, isu utama yang harus difokus ialah pendidikan percuma untuk semua rakyat terutama golongan miskin. Bukan isu nak pindahkan wang Petronas bayar PTPTN.

Prinsip asasnya ialah pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke universiti

Walaupun PTPTN dimansuh, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak akan membuang kakitangan di perbadanan itu kerana mereka akan diserap ke Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Walaupun pegawai ramai, pakatan rakyat  juga tetap pastikan khidmat atau mutu kerja mereka bertambah baik untuk rakyat..

 

Published on penyapu sial

No comments: