Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Tuesday, April 10, 2012

Panas!!Imam Gay Menikahkan Pasangan Gay Islam..


Dua lelaki gay yang mengaku Islam, dan saling mencintai antara satu sama lain, telah bernikah di Perancis oleh seorang "imam".

Ludovic Mohamed Zahed, seorang lelaki Perancis yang berasal dari Algeria, dan pasangannya Qiyam al-Din berasal dari Afrika Selatan, dilaporkan telah berkahwin sesuai dengan Syariah (undang-undang Islam) di hadapan seorang imam yang berasal dari Mauritania bernama Jamal, dan melaksanakan perkahwinan mereka pada 12 Februari 2012, menurut laporan laman Albawbaba pada 2 April lalu.

Keduanya boleh berkahwin di Afrika Selatan di bawah rang undang-undang perkahwinan sejenis yang telah diiktiraf di sana, tetapi Perancis tidak mengiiktiraf pernikahan sesama jenis.

Zahed menjelaskan kepada stesen TV France 24 bahawa bagaimana ia bertemu dengan Din pada tahun lalu di sebuah konvensyen mengenai AIDS di Afrika Selatan.

"Saya berada di dewan kuliah ketika seorang imam di mana yang  juga seorang gay, telah memperkenalkan saya kepada Din. Kami mendapati bahawa kami mempunyai banyak persamaan. Selepas  dua bulan, saya memutuskan untuk berkahwin, kerana undang-undang Afrika Selatan mengiiktiraf perkahwinan sejenis, "ujarnya.

Setelah pernikahan yang diadakan oleh keluarga Din, pasangan ini memutuskan untuk kembali ke Perancis dan menetap di kota Paris, mereka berharap bahawa kerajaan Perancis akan mengiiktiraf perkahwinan mereka.

Namun kerajaan Perancis menolak sebulat-bulatnya perkahwinan mereka.

Zahed, yang mendapat restu dari keluarganya untuk perkahwinan sejenis, mengatakan bahawa dia menghadapi lebih banyak halangan dari undang-undang Perancis daripada diskriminasi dari kalangan umat Islam sendiri.

Walaupun penyelesaian hukumnya masih tertunda, Zahed memutuskan untuk membuat pernikahannya dengan seorang imam yang berasal dari Mauritania itu yang telah banyak menyokongnya. Pernikahan terjadi di sebuah rumah sederhana di Servon di Paris, dan dihadiri oleh orang tuanya dan kaum kerabat terdekat.

"Bernikah di depan keluarga saya, adalah seperti kehidupan baru bagi saya, saya tidak akan pernah membayangkan hari ini dan hari akan datang, melihat kegembiraan di mata orang tua saya setelah mereka berusaha berjuang dengan perilaku seksual saya dan cuba dengan sedaya upaya mungkin untuk mengubah arah orientasi seksual saya, "tegasnya.

Zahed merupakan pesakit AIDS sejak usia 19 tahun, semenjak menderita AIDS dia mendakwa mencari tujuan hidup yang baru untuk lebih dekat dengan agama.

"Aku berubah untuk menjadi lebih beribadah dan berdoa; saya merasa lebih beragama, dan aku telah menunaikan Umrah dan haji sebanyak dua kali, untuk mencari sebuah kehidupan yang sederhana dan normal," katanya.

"Walaupun banyak ancaman yang saya terima melalui telefon dan Internet, saya tetap akan berada dalam perjuangan saya untuk menentang pandangan negatif yang saya terima dari orang Arab dan Muslim. Saat ini saya merasa lebih selesa berkeadaan begini," katanya.

Zahed ingin melanjutkan pelajaran PHD dalam Islam dan homoseksualiti dan dia juga mengetuai sebuah organisasi yang meneliti masalah yang berkaitan dengan Islam dan homoseksualiti. Dia mengatakan keutamaan utama adalah untuk mendapatkan izin  untuk pasangan barunya agar tinggal dan bekerja di Perancis.

Published on SiasahKini

No comments: