Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Sunday, April 22, 2012

Mansuh PTPTN bermaksud tukar kepada Biasiswa

Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Saifuddin Abdullah yang mengatakan keputusan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika dibuat boleh menjejaskan operasi 60 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bertaraf universiti dan kolej universiti di negara ini dan sekali gus meningkatkan jumlah pengangguran... Juga ketiadaan pinjaman PTPTN akan menyebabkan keluarga miskin menanggung beban kerana terpaksa berhutang dengan pihak lain atau anak mereka tidak dapat meneruskan pengajian. 

Sambil beliau berkata "lebih menyukarkan jika pengusaha IPTS terpaksa menutup perniagaan mereka kerana pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian yang tinggi... kesan tindakan itu menyebabkan sektor pendidikan negara kucar-kacir di samping meningkatkan kadar pengangguran kerana IPTS terpaksa ditutup... Kerajaan yakin untuk mencapai negara maju tindakan menghapuskan PTPTN bukanlah jalan terbaik... malah idea itu boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara" katanya.

-------------------

Mansuhkan PTPTN dengan erti kata tukarkan jadi biasiswa. Mahu pendidikan percuma. Menteri sengal ni macam mana boleh jadi menteri?

Apa guna hasil mahsul negara banyak kalau tak digunakan untuk pembangunan insan bagi generasi akan datang? Duit nak simpan nak buat apa kalau masyarakat akan datang adalah versi berhutang dan berhutang lagi. Lagi pula sudah terang lagi bersuluh bahawa pendidikan yang ada sekarang lebih bersifat mencari keuntungan dari mengejar standard dan piawaian yang terbaik dalam mengejar rangking dunia.

Malaslah jumpa orang tak cerdik macam ni..

No comments: