Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Monday, March 25, 2013

Kerajaan Sementara: BN Redah Sesuka Hati?

 

“Sejak sekian lama, dari zaman Perikatan hingga lah sekarang, BN tidak peduli konsep ini. Sebaliknya parti lain, contohnya Pas di Kelantan, menghormati prinsip kerajaan sementara. “Sebagai contoh di luar pilihan raya pun Tuan Guru Nik Aziz tidak menggunakan rumah dan kereta kerajaan. Selepas waktu kerja, beliau tidak menggunakan kemudahan kerajaan,”

BN tak peduli konsep kerajaan sementara- Prof Aziz Bari
Oleh: Rusnizam Mahat

KUALA LUMPUR 7 Feb: Barisan Nasional (BN) tidak peduli konsep kerajaan sementara sepertimana dilaksana di negara- negara yang mengamalkan sistem Westminster, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Aziz berkata, kerajaan sementara bermaksud pentadbiran minimum selepas dewan rakyat dibubar, dan kerajaan ini hanya melaksanakan fungsi rutin dan terhad.
“Kerajaan sementara tidak melakukan tugas-tugas atau kuasa yang besar seperti mengisytihar darurat dan seumpamanya
“Sejak sekian lama, dari zaman Perikatan hingga lah sekarang, BN tidak peduli konsep ini. Sebaliknya parti lain, contohnya Pas di Kelantan, menghormati prinsip kerajaan sementara.
“Sebagai contoh di luar pilihan raya pun Tuan Guru Nik Aziz tidak menggunakan rumah dan kereta kerajaan. Selepas waktu kerja, beliau tidak menggunakan kemudahan kerajaan,” kata pakar perlembagaan ini kepada Keadilandaily.
Menurut Aziz, di negara-negara Westminster yang lebih mantap seperti di India, badan pengendali pilihan rayanya lebih tegas dan akan membuat teguran sekiranya batasan itu dilanggar.
“Di United Kingdom sebagai contoh, mahkamah pernah mengeluarkan perintah melarang siaran tertentu yang dianggap memberi kelebihan tidak sah kepada parti yang memerintah. Itu berlaku pada pertengahan 1990 an dalam pilihan raya kerajaan tempatan di sana,” kata bekas pensyarah Undang-undang UIA ini.
Di Malaysia, konsep kerajaan sementara sering diperdebatkan khususnya sewaktu kempen pilihan raya umum, yang menyaksikan BN seringkali menyalahguna jentera kerajaan untuk berkempen.
Kes mahkamah yang biasa dirujuk membabitkan Pilihan Raya Pengkalan Kota di Pulau Pinang pada 1981, apabila hakim memutuskan bantuan yang diberikan Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu tidak ditafsir sebagai rasuah, sebaliknya atas kapasitinya sebagai menteri kewangan.
“Jelas hakim kita gagal memahami konsep keadilan dalam pilihan raya. Kes ini meskipun bukan kes yang secara langsung menyentuh konsep kerajaan sementara, tetapi menggambarkan betapa hakim dan mahkamah tidak kisah. Atau mereka mungkin jahil,” kata Aziz.
Malah menurutnya, mahkamah turut membenarkan perisytiharan darurat selepas pilihan raya umum 1969, meskipun kerajaan yang ada ketika itu adalah kerajaan sementara ekoran kerajaan yang baru belum dibentuk.
“Yang memberi nasihat ketika itu ialah Tun Razak di mana sebelum parlimen dibubar ialah TPM. Anehnya PM ketika itu ialah Tunku Abdul Rahman dan beliau ada di dalam negara. Apa pun mahkamah tidak mahu meneliti fakta itu dan memutuskan darurat 1969 sah,” katanya.

(Via MOUNTDWELLER)

No comments: