(Via edyesdotcom)Sepatutnya, jika RON97 lebih murah dari RON95, regim harus menggunakan peruntukkan subsidi yang berbilion itu ke atas RON97 sepertimana yang pernah kita nikmati suatu ketika dulu.
Sila hayati laporan di bawah;
Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.
Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!
Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti!
Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45).
Sila klik di sini untuk selanjutnya (sumber asal)
Perkongsian spontan tanpa kredit
Follow twitter saya @negaramerdeka
Thursday, June 7, 2012
GEMPAR!! Mengapa Subsidikan RON95 Jika RON97 Lebih Murah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment