Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, April 7, 2009

150-Oit, nampak sangat la kerja lu tak adil. Cover-cover la sket..

Apa ntah angin encik polisi ni. Makin kelam-kabut plak wa tengok buat kerja. Lu jangan la layan sesangat budak gerombolan tu. Ke lu memang ahli gerombolan berdaftar. Bukak la uniform tu. Dah tak pasal berbakul-bakul sumpahan kat lu. Kang esok tercirit-birit nanti.. Wa tak jamin.


12.40pm (TERKINI)
7 orang ahli Keadilan SEDANG DITAHAN kerana memiliki topeng Altantuya. Ummi sedang bergerak ke Balai Polis Trong sekarang !

Sebuah kereta yang membawa keranda 'Altantuya' telah ditahan Polis di Pekan Trong sebentar tadi pada jam 12.50pm tengahari. Kini Polis juga turut menahan pemandu kereta tersebut. Keranda itu akan dibawa ke Balai Polis. Pengebumian tergendala sebentar.

Maklumat yang baru diterima, polis telah melepaskan gas pemedih mata di Taman Kaya, Simpang. Minta kepada petugas supaya jangan bertumpu kesana kerana akan mengusutkan lagi keadaan.

Subuh tadi pasukan FRU membentengi sekeliling bas yang ditahan oleh petugas PR. Pegawai polis jadi jurucakap UMNO. Polis dan FRU memaki hamun dan menghalau petugas-petugas PR yang mahu mendapatkan kepastian ke mana arah tujuan rombongan tengah malam itu.

Belum pernah berlaku dalam sejarah dunia sejak zaman nabi Adam, bas pelancong masuk ke pekan kecil Kuala Trong pada pukul 3 pagi kononnya nak melancong ke Pulau Pasir Hitam. Pelancong dari Negeri Sembilan itu bercuti beramai-ramai pada hari Selasa! Hari Selasa! Hari Selasa!

Yang ni sepatutnya lu ajar..

Laporan yang baru diterima daripada Ketua Srikandi PKR, beberapa orang dari Pemuda Umno terus mengekori srikandi2 PKR sambil berterusan membuat aksi isyarat lucah hari ini. Keadaan ini benar2 memberi keresahan dan kebimbangan beliau lebih2 lagi insiden melondeh seluar baru saja berlaku semalam.

-Semua report wa cilok dari http://politikbanjar.blogspot.com/

149-Kelkatu malam

Petugas-petugas gerombolan kita sudah maklum perangainya. Peraih undi dari kalangan mereka pun kita sudah maklum. Apa tah lagi pemuda-puteri mereka. Ganas, garang dan bengis. Sifat semulajadi mereka adalah samseng. Itu pun kalau ramai. Kalau dok sorang-sorang mereka adalah lebih baik dari nabi. Mereka juga sanggup sujud pada anda wahai petugas-petugas PR. Jadi biarkan mereka dengan perangai jelik mereka. Jangan di ambil kisah.

Yang penting kita bekerja untuk kemenangan calon kita, parti dokongan kita. Mereka dari puak gerombolan anggap sahaja seperti kelkatu malam. Mengemis untuk sesuap nasi anak beranak mereka. Manusia yang mengharap belas ehsan dari pemimpin mereka yang kaya hasil duit rakyat.

Percayalah wahai penyokong PR sekalian. Andainya PR memerintah Malaysia, merekalah yang mula-mula memakai serban berlagak alim dan suci sesuci makhluk tuhan atas muka bumi ini. Mereka akan mengaku merekalah yang berpeluhkan darah berjuang demi PR, demi Anwar, Demi Nik Aziz, demi Karpal.

Mereka ini tidak lama. Sekejap sahaja. Habis pilihanraya mereka pun lesap. Seperti kelkatu juga bila siang menjelma. Subuh ntah ke mana!!

148-PRK ni macam perang. Skuad kereta kebal lawan skuad basikal.

-Gambar cilok dari politikbanjar-
Raja mana yang ko maksudkan ni?
Budak NATANG tu mana pergi?
Yang bawak lari anak raja tu sihat lagi tak?
Yang kitai kebal raja tu mana? Hidup lagi tak?
***
Dasar bangang dan buta sejarah!!

147-Lu memang melampau.

Lu mintak restu rakyat??

Lu cukup bertuah dapat kempen kat TV,Radio dan surat khabar. Internet pun lu sebok-sebok buat blog. Masa nak pilihanraya lu tutup surat khabar pembangkang. Ceramah pembangkang lu kacau dengan abang topi merah. Pejadah lu main gay macam ni? Sampai gua tengok berita pun meludah-ludah. Nasib mak gua tak perasan. Kalau tak mau gua kena maki pasal karpet kuyup.

Lu cukup kebal dengan laporan polis atas lu. Badan rasuah pun lu selamat. Pembangkang habis kena seret kehulu kehilir lu kerjakan. Sikit lu takda bagi kasihan. Muka lu dalam TV sikit punya sayu gua tengok. Pandai lu berlakon. Baca ayat al-Qur'an pun lu buat kecoh. Khutbah Jumaat pun lu memekak melolong.


Habis lu kelekai duit rakyat. Lu bagi basikal rasuah supaya undi atas lu. Ayam pun lu kasi. Ada hati lu buat muka simpati kat TV?

Hello UMNO!! Hello DSN!! Hello bapak menteri!! Macam ni ke cara lu mintak restu rakyat?

***

Apa sialnya lu masih cerita pasal derhaka dengan boneka?

146-Tindakan anda bijak jika..

Esok rakyat 2 bukit 1 batang akan mengundi. Harapan pada mereka amat tinggi sebagai penanda aras kepada pemimpin selepas genap setahun sebulan pemerintahan selepas PRU12. Harapnya penilaian rakyat 2 bukit 1 batang semakin cerdik. Harapnya berfikiran jauh.
Semua orang telah bekerja. Demokrasi telah berjalan. Yang cerdik sudah nampak kepincangannya. Sekarang terserah anda untuk letakkan keputusan. Anda hakim. Hakim rasionalnya adalah bijaksana.
Wahai rakyat 2 bukit 1 batang, saya ini bukanlah sesiapa. Saya bukan yang punyai kuasa. Saya juga seperti anda. Inginkan Malaysia yang lebih baik. Itu sahaja.

Monday, April 6, 2009

145-Rehat jap.


Gua nak jawab tag jap. Oleh Miss Syakila ni.

1. List this rules on your blog
2. Share 7 facts about you on your blog
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours
4. Tag 7 people by leaving their names as well as links to their blog
5. Link the person who tagged you
6. Leave comment for each blogger you have tagged

***7 facts about you***

Tak suka kuar pegi shopping
Suka duduk kedai minum
Hobi belek kereta
Kurang tidor
Suka tengok Kari Byron Mythbuster
Arsenal Fan
Pengkritik tegar

***6 Quirks***
Suka beli buku tapi tak suka baca(sebab kulit buku tu cantik)
Minum Nescaffe tapi asik rasa nak muntah(tak pandai sendawa)
Tidor 4,5 jam sehari tapi asik ngantuk pulak (susah tido)
Kuat makan tapi badan tak naik-naik (metabolisma tinggi)
Peramah tapi orang cakap gua ganas(keturunan saddam)
Belajar kat Mesir tapi bangang B. Arab(asik cakap filipina)

***Tag 7 people***
al-Banjari
parpukari
taipingmali
kimin
edyes
taylor swift
nancy ajram

-nancy ngan taylor swift apa blog dia?

144-Baru wa tau wanita pertama negara wa satu negeri dengan wa.

Gua sangat berharap agar pemimpin baru wa sensitif. Dia baru naik, dia boleh buat sesuatu agar semua rakyat menyanjungi beliau. Tidak perlu risau tentang masalah dalaman beliau. Rakyat akan mudah lupa kalau dia buat sesuatu yang menguntungkan rakyat. Contohnya:

1.Turunkan cukai kereta import dari 300% ke 30% sahaja agar wa boleh pakai Nissan Skyline R34 GTR dengan senang hati.
2.Turunkan harga minyak lagi ikut janji yang beri subsidi 30 sen seliter agar wa tak berpeluh masa pakai GTR nanti.
3.Turunkan lagi tol atau mansuhkan terus agar boleh GTR wa naik highway pegi balik kerja. Takderla wa masuk jalan lama lagi setiap kali nak balik kerja.
4.Turunkan juga harga barang perfomance kereta agak wa boleh modified tahap gaban keta GTR wa nanti.
5.Turunkan jugak harga barang-barang makanan asasi agar wa boleh makan nasi time lunch hour kat opis. Pejadah pakai GTR kalau masih lagi pekena meggi.
6.Turap jalan elok2 kat pekan-pekan seluruh Malaysia agar chassis GTR wa tak lari takpun takyah gua alightment tayar wa setiap bulan.
7.Saman kasi turun RM30 untuk speed trap dan RM300 bagi yang bawak slow tahap 30km/j. Susah wa nak potong kalau dah beratur macam keretapi kat jalan Labu tu. Lambat nanti nak sampai umah.
8.Kasik cepat sikit highway arah ke Kuala Pilah. Bukit putus tu hampir dah nak terputus dah wa tengok. Lagipun orang umah lu kan asal sana. Jangan buat malu kampung ye!!.

Sekian dari wa a.k.a pencinta GTR

***
p/s Walaupun lu buat semua yang diatas wa tetap tak jamin PRU13 lu menang. Itu lu kena tanya permintaan orang lain pulak ye..hehe



143-Untuk en. Osman

Lupa nak bagitau. Jangan lupa buat 1 laporan polis untuk en. Mohd Zawawi Yusoh ye. Yang ni betul nabi tak ajar. Atau en. Osman pun teringin sekali join?

***
(Iklan!)
Saya berharap dan sentiasa berdoa agar kemenangan di pihak yang memperjuangkan nasib rakyat bawahan, tidak mementingkan kroni dan tidak rasuah. Semoga penat-lelah para blogger yang menyampaikan berita padat dan bermutu melawan media arus perdana yang berat sebelah berbaloi dan jasa anda semua dibalasi oleh Allah dengan kebahagiaan dunia dan akhirat. Saya tidak dapat hadir untuk sama-sama berjuang seperti anda. Kekuatan saya tidak setinggi anda. Tapi insyaAllah doa saya sentiasa untuk kamu. Ameen..

Untuk maklumat lebih cergas sempena PRK esok sila lawati http://abodaily.blogspot.com/ dan http://wartamaya.blogspot.com/ ini kerana Tranungkite.net dah tido.

Bagi blog pihak Barisan Nasional sila masuk kat http://parpukari.blogspot.com/ dan http://taipingmali.blogspot.com/ dan juga http://pilihan-anda.blogspot.com/. Barulah syok kan?

Anda nilainye. Tuhan beri kita otak untuk berfikir, bukan untuk simpan.

Sunday, April 5, 2009

142-Ni lagi satu berita gila dan magic.

Al-Qur'an bagi wa memang satu mukjizat. Ramai gila orientalis ngaji Qur'an lalu dia masuk Islam. Hebatnya Qur'an sampai sekarang takda sorang pun ahli pujangga dapat tiru hatta satu ayat. Sebagai orang Islam kita seharusnya bangga. Rasulullah dulu berdakwah takda pulak dia larang orang kafir ni baca Qur'an. Tak kiralah kafir harbi atau dzimmi. Moga-moga dengan baca Qur'an jiwa mereka dilimpahi hidayah untuk mendekati Islam seterusnya memeluk Islam. Kalau dia nak putar kita ada 14 mufti bersedia untuk turun medan perang. Jangan risau. Mesir pun ada 1 je mufti. Bermakna agama Islam di Malaysia terkawal rapi. Haha...

Tapi ni ada kisah pelik..

Lima orang dari Barisan Bertindak Perpaduan Melayu di ketui oleh Osman Abu Bakar telah membuat satu laporan polis di IPD Taiping.

Laporan ini dibuat ke atas YB Nga Kor Meng (Adun DAP Perak) kerana membaca ayat Quran.


***
Gua dah cakap, orang Malaysia memang ajaib!!
Untuk pengetahuan Encik Osman, al-Qur'an dikaji oleh semua bangsa dan agama diseluruh dunia. Hatta di Cambridge, MIT dan juga Oxford. Apatah lagi di Bandung Indonesia dan juga di Filipina. Juga di Peranchis dan Belanda. Beribu universiti seluruh dunia ada simpan al-Qur'an untuk kajian para sarjana dan pelajar mereka. Bermakna al-Qur'an teramatlah universalnya. Terjemahannya juga melangkaui beratus bahasa. Bermakna en. Osman terpaksa buat jutaan laporan polis di IPD Taiping bagi menunjukkan prihatinnya en. Osman pada al-Qur'an.

Nak tanya en. Osman la. Tajwid dah khatam?. En. Osman rujuk sini ye

141-Kurang dari 36 Jam

Ia masa yang kritikal. Hanya pada yang peka. Yang sudah rasa ia akan selamat hingga anak cucu sila abaikan tajuk diatas. Sudah rasa ia bahagia kini dan takda rungutan dalam hidup, juga sila abaikan. Merasakan politik negara ini yang terbaik berbanding dengan negara sekitar juga sila abaikan jugak. Tak usah pening-pening. Sila pergi main dengan anak cucu anda.

Kritikal bagi wa banyak maksud. Juga kritikal mungkin sebab dianggap sebagai referendum pada PM kita yang baru. Juga mungkin terasa kehilangan sebuah negeri yang menang secara demokrasi. Atau calonnya telah dilihat sesetengah pihak sebagai penderhaka, boneka atau apa-apalah.

Sila bangun rakyat Malaysia. Gua tahu ada yang tak amik pusing hal politik. Mungkin kerana muak dengan kotornya politik kita. Mungkin juga pikir PKR sama dengan UMNO, PAS yang boleh diharap pula bersekongkol dengan DAP, UMNO dan BN pulak diketahuai rasuahnya yang sudah membarah. Jadi apa pilihan yang ada?

***

Kalau itu alasan anda saya ucapkan takziah. Anda sudah mati. Otak anda sedang menguncup. Lalu anda akan bebal buat selamanya.

Anda punyai otak. Maklumat kini dihujung jari. Masuk kedalam aliran dua-dua pihak. Baca serta nilai dan buat pilihan. Jangan duduk tengah-tengah. Otak yang sihat adalah otak yang boleh berfikir. Tidak guna sama juga seperti kufur pada nikmat tuhan yang beri pada kita akal.

140-Islam liberal

Apa maksudnya Islam liberal ni? Gua tak berapa paham la istilah-istilah macam ni? Adakah ia dicipta untuk menyalahkan pegangan Islam sesuatu pihak? Lalu ia dicipta untuk menghentam parti politik tertentu. Banyak sungguh istilah merepek didalam negara ini. Seperti PAS contohnya, bila ia bekerjasama dengan DAP. Tuduhan keatas PAS Islamnya adalah liberal. Menjengkelkan bukan? Ia buruk kerana puak yang menyalak ini sebenarnya bangang tentang Islam. Itu gua pasti

Bagaimana pula Islam hadhari ni? Masih wujudkah ia sekarang? Atau selepas bapak menterinya resign lalu ia tidak relevan? Punyalah cikai slogan-slogan ciptaan Melayu ini. Ia tidak kekal lama. Lalu menyebabkan masyarakat bukan Islam memandang jelek perlakuan penganut agama Islam itu sendiri. Gua cuma berharap ia dihentikan segera.

***

Gua dengar anak Pakcik Adam yang bernama Lokman ada slogan baru..Islam DAP namanya. Pulak!!

Friday, April 3, 2009

139-Adil Dan Hakim

Untk bagi mudah dan paham pada yang cukup-cukup bengap..

Pikir logik sudah. Faham tak faham dan nak urai cara Imam Thobari atau al-Qurtubi terpulang. Ibnu Katsir pun boleh. Ayat hukum jangan buat main-main. Mufti ramai pegi rujuk.

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Nisaa - 58)

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjaan. (Nisaa - 135)

- Pada yang berkenaan. Selidik ayat al-qura'an diatas dan fahamkan. Ingat Allah sentiasa memerhati. Kebelakangan ni nampak sangat caca-merba dalam politik dan pemerintahan. Gua harap adakan diskusi. Keadilan bagi gua adalah demokrasi walaupun ada cacat sikit. Pada pemerintah jangan nak berselindung lagi. Jangan nak main gay. Keadilan pada semua bermaksud pada ngko dan juga pembangkang. bagi semua orang peluang untuk bersuara. jangan lu sorang nak bolot tv, radia surat khabar dan ban attack semua blog pembangkang dan juga akhbar yang tak sebulu dengan lu. Cuba jangan main gay kat sini. Imam tak imam, semua gua sapu...

***
Tapi kalau tak percaya ayat allah ni, terpulang. Atau nak tuduh gua berselindung pada ayat ni atau gua nak main-main dengan ayat ni pun terpulang.

138-BerPee Emm kan baru kita skang.

Puas dah menjerit, puas dah berlaporan polis, puas dah berdemo, puas dan memorandum, puas dah tangisan, puas dah cercaan, puas dah segala itu ini namun kini kita sudah ber PM kan baru. Yang lama jadi sejarah. Moga-moga tak jadi sampah. Yang baru meniti sejarah moga-moga tak di maki seranah. Apa yang boleh di harap, kita cuma berharap. Moga tak berulang yang sudah-sudah.

Kita perlu terus. Jadi penegur yang baik. Jangan leka dan alpa. Jangan kita hanya jadi pak angguk sahaja. Maruah juga perlu dijaga. Perlu dinilai dan dikritik sentiasa. Pujian hanya perlu atau kadang-kala.

Perjuangan takkan selesai hingga sampai bila-bila. Ada penerus generasi akan datang untuk teruskan. Generasi kini perlu di didik sebaik mungkin. InsyaAllah.

Alhamdulillah, penat dah berteka-teki dan meracau jiwa namun kini ia terjawab.

***
Dato' Seri, anda bekerjalah demi negara dan agama.
Bukan harta dan juga nama,
Kelak dikubur akan ditanya,
Mana satu jasa mana satu bala......

137-Without You

Gua layan blues jap..

***

I just wanna be alone tonight
I just wanna take a little breather
Cause lately all we do is fight
And every time it cuts me deeper

Cause something’s changed
You’ve been acting so strange
And its taking its toll on me
Its safe to say that I’m ready to let you leave

Without you, I live it up a little more everyday
Without you, I’m seein myself so differently
I didn’t wanna believe it then
But it all worked out in the end
When I watched you walk away
Well I never thought id say
I’m fine
Without you

Called you up cause’ it’s been long enough
And you said that you were so much better
We have done a lot of growing up
We were never meant to be together

Cause something changed, you were acting so strange
And it’s taken its toll on me
It’s safe to say that I’m ready to let you leave

Without you, I live it up a little more everyday
Without you, I’m seein myself so differently
I didn’t wanna believe it then
But it all worked out in the end
When I watched you walk away
Well I never thought id say
I’m fine
Without you

Cause something changed, you were acting so strange
And it’s taken its toll on me
It’s safe to say that I’m ready to let you leave

Without you, I live it up a little more everyday
Without you, I’m seein myself so differently
I didn’t wanna believe it then
But it all worked out in the end
When I watched you walk away
Well I never thought id say
I’m fine,
Without you
Without you
Without you
Without you
I just wanna be alone tonight,
I just wanna take a little breather.

136-Lagi berita tahap bangang ke udara

Gua jumpa berita gila lagi. Lama-lama gua pun jadi gila. Apa jadah pulak boleh keluar idea gila ni?


KUALA LUMPUR: “Aktiviti tarian poco-poco yang dijalankan di masjid tidak salah jika ia mampu menarik serta memakmurkan tempat ibadat di sesebuah penempatan,” kata penceramah bebas, Mohd Zawawi Yusoh.

Bekas pensyarah di Jabatan Bahasa Arab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, tarian itu aktiviti yang baik untuk kesihatan selain dapat merapatkan ukhuwah sesama umat Islam.


Arghhh... Malas gua nak ulas. Ulas kang ada pulak yang kena maki. Ni nak maki pak menteri pun dah macam cakap dengan tong gas. Buta tuli kayu habis. Membuang masa. Baik gua doakan aja bagi mampos!!

135-Ni idea pasal surat khabar.

Ramai berkobar-kobar nak boikot akhbar perdana. Tapi kena pulak sukan dalam bulan ni citer best-best. Kelayakan piala dunia. F1 pulak kat Malaysia minggu ni. Gua tau orang-orang yang gila sukan ni. Gua dulu pun ada perangai macam ni. Main bola bersepah jugak. Bawak keta F1 apa tah lagi.

Kot-kot sapa yang ada modal lebih tu buat la akhbar yang memuatkan berita sukan je. Confirm akhbar arus perdana tertido dengan sendirinya. Tapi jangan pulak citer gossip ahli sukan pulak ye. Secara auto gua bakat pulak benda picisan tu!!

Thursday, April 2, 2009

134-Mufti Baru Di Negeri Sembilan

Dicilok dari Lobai Kampung.

Setelah hampir 3 bulan kerusi Mufti Kerajaan Negeri Sembilan kosong akibat keengganan pihak tertentu menyambung kontrak Dato Mohd Murtadza b Shiekh Ahmad, hari ini Mufti Baru Dato Mohd Yusof b Ahmad dilantik menduduki jawatan tersebut. Pelbagai spekulasi dan andaian dibuat sebelum perlantikan tersebut termasuk keengganan beliau menerima jawatan yang penuh kontroversi itu. Hal ini kerana bekas mufti masih berkemampuan melaksanakan tugas tersebut.

Dato Mohd Yusof merupakan orang berpengalaman di Negeri Sembilan beliau juga merupakan ahli majlis fatwa, ahli majlis turuq sufiah dan pernah memegang pelbagai jawatan di dalam sektor kerajaan termasuk bekas Pengetua SMKA Syeikh Hj Mohd Said, Maktab Perguruan Islam Bangi. Memegang ijazah sarjana dalam bidang syariah dari Universiti Al-Azhar. Itulah antara yang diketahui LK mengenai beliau.

Kita mendoakan insitusi mufti di Negeri Sembilan terus terpelihara dari sebarang pengaruh politik kepartian sempit seperti jabatan mufti yang lain( tak tau mufti mana ) . Insya Allah. Kita doakan bersama tanpa sebarang prejudis.

Lobai Kampung : Tak mintak nak jadi tapi kalau dimintak kena jadi.

Wednesday, April 1, 2009

133-Hanya satu pandangan dari antusabun

Ramai orang kata yang rakyat Malaysia ni baik hati, prihatin dan lemah-lembut. Yang kata Melayu mudah lupa pun ada (pejadah). Kadang-kadang gua setuju jugak dengan kenyataan tu. Walau kita dibebani dengan pelbagai cukai, tol, harga barang mahal, gaji ciput dan macam-macam lagi benda merepek yang diatur kemas oleh pak-pak menteri yang berkuasa namun rakyat Malaysia tetap tenang dan bahagia. Jadi jangan sesapa cuba untuk melaga-lagakan mayat..ops silap! masyarakat yang berbilang kaum ni. Kita selaku rakyat berasa bangga dengan apa yang kita nikmati. Keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi ni tiada di tempat lain.

Kita perlu kekalkan kesejahteraan ni buat generasi akan datang. Latih dan didik penuh dedikasi dan bentangkan cabaran untuk mereka seawal darjah satu dengan belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Ini untuk jangkamasa panjang, ia penuh dengan keberkatan dan kebaikan.

Persaingan untuk mereka kita teruskan lagi dengan memberikan mereka hiburan tanpa batasan agar mereka tidak mengalami kejutan budaya jika berada di dalam masyarakat yang semakin maju dan bertamadun di dalam atau di luar sana. Tunjukkan segala jenis maksiat dan palat untuk mereka dan anggap ia sebagai ujian untuk test (uji) keimanan mereka. Tak cukup lagi jemput lagi syaitan-syaitan besar dari negara luar untuk memantapkan lagi benteng keimanan mereka di dada (bukan buah dada).

Agama letak tepi kerana jumud. Ulama' perlu dinilai kembali kerana ramai yang menyertai politik. Ia salah secara mandatori. Politik dan agama mesti berpisah!!

Ketika mereka di alam berdikari, teruskan dengan cabaran yang lebih besar. Didik persaingan dengan segala macam jenis cable dan rasuah agar mereka menghargai peluang yang ada didepan mata. Moga dengan rasuah yang di berikan akan menjadi satu anak tangga untuk mereka meninggikan tahap motivasi dalam diri.

Lancarkan slogan "Jaga tepi kain sendiri" secara besar-besaran agar masyarakat dan generasi akan datang lebih bersifat mementingkan diri sendiri demi menjaga privasi dari diceroboh atau atas nama hak-hak kemanusiaan. Persetankan masyarakat berjemaah kerana ia memang leceh. Amerika contoh terbaik untuk dijadikan teladan. Mereka maju dengan sifat-sifat ini.

Akhirnya duit yang tersimpan sekian lama dalam bank atau pasaran saham disedekahkan pada Amanah Raya Berhad. Jangan diwariskan pada anak cucu kerana ia lebih mengundang kepada perpecahan. Duit itu boleh diguna buat jalan atau aset kerajaan masa ekonomi jatuh.

***


Harta pusaka RM42 bilion belum dituntut (Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 1 April - Sejumlah RM42 bilion wang tunai dan aset milik individu yang telah meninggal dunia kini masih dalam simpanan Amanah Raya Berhad kerana tidak dituntut oleh waris-waris mereka.

132-Apa kena dengan orang Malaysia ni?

Rata-rata kalau apa juga topik pasti orang Malaysia bergaduh(Melayu khususnya).

Borak apa saja. Kalau politik lagi teruk. Boleh sampai tumpah-tumpah darah. Fitnah sana-sini. Tang bola sepak pun boleh gaduh-gaduh jugak. Siap sms malam-malam kasik provok biar tak dapat tidor. Tang agama pun jangan cakapla. Keluar aja dari team aliran mau keluar ayat kafir-mengkafir. Tang ekonomi ni agak lembab sikitla. Tapi tang ekonomi ni kalau campur sikit dengan politik, mula la gaduh balik.

Pendek kata orang kita berlainan pendapat je berkuntau siang dan malam. Citer pasal dapur pun boleh gaduh, laki bini gaduh nak makan apa malam ni. Gua syak orang melayu ni kena darah tinggi sebab ni kot. Kesimpulan yang boleh gua dapat ialah orang melayu ni tak cool. Sikit-sikit nak bertekak, sikit-sikit nak bergaduh. Macamlah pendapat dia aja yang betul.. Cikai betul.

Sudah sampai masa kita kena pikirkan jalan lain. Kebebasan bersuara dah susah nak dipraktikkan skang. Kebebasan memilih dah jadi sejarah. Salah pilih alamatnya kena kutuk sampai patah jiwa.

***

Satu je pendapat yang gua tengok orang kita agak setuju secara berjemaah. Tang Earth Hour kelmarin. Semua pikir untuk tambah zuriat, bunuh syaitan, bersenam atas katil atau tido awal dengan orang umah.

Haha.. Ini ke mentaliti kelas ketiga?



*Sekadar gambar hiasan

131-Otak tuhan cipta bukan kat lutut wei!!

Asal gua buat blog baru ni kerana gua nak menulis menggunakan pendekatan sederhana. Tak mau bantai-bantai macam sahabat blogger yang lain. Gua hormati apa jua pendapat blogger-blogger sekalian seperti al-Banjari, PakKaramu atau edyes. Gua lebih mahu buat kawan dari musuh. Kalau nak bantai-bantai lama dah gua nak buat. Misi gua lebih pada nak menyedarkan masyarakat dan khusus pada diri gua sekali pada isu-isu yang mungkin kurang sensitif pada sesetengah pihak, tak tertumpu pada politik sahaja dan gua secara anak jantan tunjukkan pendirian gua. Gua bukan orang atas pagar. Gua terus-terang.

Lu orang datang blog gua dan komen walaupun menentang pandangan gua itu gua tak kisah, gua alu-alukan. Tapi biar kena tempat la kata orang-orang tua.

***
Tapi lu datang blog gua pastu merepek merapu pasal Perak kat posting ayam gua, Lu bantai orang yang off topik dengan posting gua itu dah macam lembu gila nak mengawan tu. Pegi main tempat lain!! Belah la!!!!