Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, April 5, 2009

141-Kurang dari 36 Jam

Ia masa yang kritikal. Hanya pada yang peka. Yang sudah rasa ia akan selamat hingga anak cucu sila abaikan tajuk diatas. Sudah rasa ia bahagia kini dan takda rungutan dalam hidup, juga sila abaikan. Merasakan politik negara ini yang terbaik berbanding dengan negara sekitar juga sila abaikan jugak. Tak usah pening-pening. Sila pergi main dengan anak cucu anda.

Kritikal bagi wa banyak maksud. Juga kritikal mungkin sebab dianggap sebagai referendum pada PM kita yang baru. Juga mungkin terasa kehilangan sebuah negeri yang menang secara demokrasi. Atau calonnya telah dilihat sesetengah pihak sebagai penderhaka, boneka atau apa-apalah.

Sila bangun rakyat Malaysia. Gua tahu ada yang tak amik pusing hal politik. Mungkin kerana muak dengan kotornya politik kita. Mungkin juga pikir PKR sama dengan UMNO, PAS yang boleh diharap pula bersekongkol dengan DAP, UMNO dan BN pulak diketahuai rasuahnya yang sudah membarah. Jadi apa pilihan yang ada?

***

Kalau itu alasan anda saya ucapkan takziah. Anda sudah mati. Otak anda sedang menguncup. Lalu anda akan bebal buat selamanya.

Anda punyai otak. Maklumat kini dihujung jari. Masuk kedalam aliran dua-dua pihak. Baca serta nilai dan buat pilihan. Jangan duduk tengah-tengah. Otak yang sihat adalah otak yang boleh berfikir. Tidak guna sama juga seperti kufur pada nikmat tuhan yang beri pada kita akal.

1 comment:

Anonymous said...

*angkat tgn sbb setuju dgn anda*

pilih pemimpin tanggungjwb rakyat