Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Wednesday, November 26, 2008

18-Kita bagaimana dengan krisis ekonomi global?

Mengenai langkah kerajaan menghadapi krisis ekonomi dunia sekarang, Ahmad Shabery berkata di Malaysia tidak kedengaran berlakunya pembuangan pekerja besar-besaran seperti di negara Barat.

"Perkara ini kita tidak dengar di negara kita kerana sistem ekonomi lebih mapan dan persiapan kerajaan jauh lebih baik daripada apa yang dibuat oleh negara Barat," katanya.


HANYA 500,000 SYARIKAT AKTIF : SSM – berita hairan

KUCHING : Sejumlah 35 peratus syarikat berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) didapati tidak aktif atau berhenti dari menjalankan sebarang aktiviti perniagaan yang membolehkan pendaftaran syarikat berkenaan dibatalkan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSM, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, berkata pihaknya boleh mengambil tindakan ke atas syarikat berkenaan termasuk memba-talkan pendaftarannya seperti yang diperuntukkan mengikut undang-undang syarikat.

Katanya, sehingga 18 November tahun ini, sejumlah 833,508 syarikat direkodkan berdaftar dengan SSM dengan lebih 500,000 syarikat masih aktif menjalankan aktiviti perniagaan.

ASW 2020 TAWAR SATU BILION UNIT MULAI ESOK – berita hairan

KUALA LUMPUR: Satu bilion unit baru Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) akan ditawarkan mulai esok bagi memberi peluang lebih ramai rakyat melabur dalam saham amanah itu.

Unit baru saham amanah yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia itu, boleh dilanggan mulai jam 8 pagi di pejabat Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) seluruh negara dan 1,627 cawangan ejennya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata dalam tempoh tawaran sehingga 3 Disember ini, pelaburan maksimum dihadkan 10,000 unit seorang.


Lamputih cakap - Apa maksud menteri tu? Adakah ini penipuan? Sejak bila kita handal dalam serba-serbi? Rasanya bola lawan dengan Vietnam pun kita kalah inikan pula bila berbicara soal ekonomi? ASNB tu kerajaan nak cari modalkah?

3 comments:

ah tok said...

Mulut biar manis jangan berbuih dude!

poyotito's said...

itu nama dia bercakap ikut sedap mulut

antusabun said...

haha..biasolahkan