Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, November 27, 2008

25-Kisah aku dan luahan aku.

Aku mempunyai background agama. keluarga aku juga. Belajar setakat degree adalah dalam bidang agama. Namun sekarang aku bekerja ditempat yang lari jauh dari apa yang aku belajar di universiti. Berada di tempat baru ini membawa aku kepada luas pergaulan dan mengenal perangai orang. Bodohlah aku tidak boleh mengenal orang sedangkan aku belajar lebih dari SPM. Walhal aku sedar bahawa aku juga tidak sentiasa betul.

Blog baru aku ini aku buat hanya sekadar aku ingin berubah selera kepada genre yang lebih mencabar. Aku pernah buat blog tentang hobi, agama, politik dan merapu serta yang sewaktu dengannya. Aku tak kata sia-sia, tapi apa yang aku lihat ia tidak merubah apa-apa. Orang kita masih berada jauh di alam fantasi berbanding dengan orang yang berada di luar negara ini.

Adakah aku menegur korang semua secara sinis? jawapan aku tidak kerana ia lebih ditujukan pada diri aku sendiri. Lama aku leka dan lalai dalam fasa-fasa remaja ini.

Pertamanya mari kita berfikir secara serious. Kita di mana sekarang? Apa yang sedang kita buat? Agama kita bagaimana? Stabilkah politik negara kita? Ekonominya bagaimana? Baguskan sosio-kehidupan kita serta orang disekeliling kita?. Hendak atau tidak kita terpaksa jawab dan merenung kembali benda yang lepas agar di masa hadapan kita akan menjadi lebih baik dan mulia disisi masyarakat. Betul tak?

Ini yang aku akan kupas dalam entry-entry yang akan datang dalam blog yang tak terkenal ni serta aku akan lampirkan blog-blog yang bagus untuk kita semua kunjungi sebagai rencah bacaan kita seharian. Baca jika punyai kelapangan dan aku perlukan kritikan dan sokongan yang membina dari saudara-saudara sekalian agar dari usaha kita yang sekecil ini kita mampu membuat perubahan.

,

Amacam?

No comments: