Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Tuesday, November 25, 2008

7-Membanteras politik wang dalam parti

LIMA: Umno akan mengambil langkah tambahan yang lebih komprehensif untuk membanteras politik wang dalam parti, tetapi semua pihak perlu menyedari usaha itu memerlukan kekuatan politik dan komitmen yang kukuh, kata Datuk Seri Najib Razak,

Timbalan Presiden Umno berkata, semua pihak juga perlu realistik kerana usaha berkenaan tidak mudah dan tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat.

"Perjuangan menghapuskan gejala rasuah dan politik wang mesti dilakukan secara komprehensif dan ia satu proses membabitkan tempoh masa tertentu.

"Saya percaya ada beberapa langkah tambahan yang boleh kita lakukan untuk membanteras politik wang dalam parti," kata Timbalan Presiden Umno itu selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), di sini semalam.


Lamputih cakap - hehe..langkahnya ialah kuburkan puak-puak ni dengan takeover gomen yang macam cibai skang. DSAI, apa lagi? Amik la cepat!!!

No comments: