Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, November 29, 2008

35-Suami Zakiah mahu berbincang

SHAH ALAM: Pengacara popular rancangan 999 terbitan TV3, Zakiah Anas, 42, yang memfailkan permohonan cerai terpaksa menunggu hampir sebulan lagi untuk mendengar kes terbabit disebabkan suaminya tidak hadir prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Hakim Syarie Tuan Kamarulzaman Ali membenarkan penangguhan itu sejurus peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Zakiah sebagai plaintif mengesahkan ketidakhadiran Mohamad Yusof Mohamad Taib, 46, kerana tidak bersedia dengan permohonan itu.

Ini terkandung dalam perbualan telefon antara Azmi dan Mohamad Yusof kelmarin apabila defendan meminta kes itu ditangguhkan untuk membolehkan kedua-dua pihak berbincang secara baik.

“Pihak defendan sudah menerima saman pada petang 23 November lalu dan menghantar beberapa SMS. Pada dasarnya dia tidak bersetuju dengan tuntutan itu. - Harian Metro


Lamputih cakap - Eloklah berbincang. Kesian pada semua orang yang bertungkus-lumus untuk jayakan perkahwinan anda dahulu. Fikirkan juga emosi anak.
Kita semua manusia yang perlukan bimbingan.Susah nak cakap mana yang benar atau siapa yang salah.Jangan diikut emosi sendir yang celaru kelak nanti terpaksa merayu.Kan dah malu
Suatu ingatan..

Kalau mahu dilihat ahli neraka yang berjalan dimuka bumi ini, lihatlah perempuan yang meminta cerai pada suaminya..

No comments: