Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, August 31, 2009

Dari mantot yang bercerita pasal 31 Ogos

Sempena 31 Ogos,aku pun duduk la depan TV1 melayan propaganda kerajaan,bukan selalu layan pun.Tapi sebab 31 Ogos,dengar aje la apa yang kerajaan try gebang.Banyak la jugak berita2 dan iklan yang cuba menerapkan unsur2 patriotisme dalam diri rakyat Malaysia.Semua tu tak memberi kesan kepada aku jadi semua yang propaganda yang keluar itu aku hanya dengar dan terus lupakan.Kecuali satu..

Ada lah wartawan ni yang ke lokasi2 kat KL nak interview orang ramai tanya pasal 1Malaysia,adalah yang menjawab,ada lah jugak 2 3 kerat yang lari malas nak jawab.Habis aje tunjuk interview,pembaca berita tu pun ulas lah dan ayat dia lebih kurang camni...

"Walaupun sambutan bulan kemerdekaan diadakan dalam bulan Ramadhan tapi ada juga inisiatif sesetengah pusat membeli belah yang selang seli memasang lagu-lagu patriotik di samping lagu-lagu raya.Diharapkan dengan tindakan murni sedemikian,ini dapat menunjukkan semangat patriotisme yang wujud dalam diri rakyat.Langkah ini juga berkesan untuk menunjukkan semangat patriotisme rakyat kepada pelancong asing.."

Nampak apa yang tak kena kat situ?
Apa hal aku nak kena dapat approval daripada pelancong asing pasal aku punya patriotisme.Aku jadi hangin terus aku tukar tengok channel lain.

Sekadar gambar hiasan.


Adakah minda kita masih dijajah dan kita masih merasakan orang-orang putih itu jauh lebih hebat dari kita sampai kita perlu tunjukkan kepada mereka "Aku cintakan negara aku,Kau nampak tak ni?"

Aku bekerja dengan seorang Itali dan minah ini adalah perempuan paling cilaka dalam dunia (pada aku).Aku perlu berurusan dengan 2 orang Australia setahun 2 kali dan setiap kali habis kerja aku dengan diorang,aku hanya mampu merasakan orang-orang ini hanya pandai bercakap kosong,penuh angin kurang pengetahuan praktikal pasal bidang yang dibincangkan.Idea?Banyak.Berapi2 idea diorang.Tapi api aje la yang ada.

Kita orang melayu masih lagi terlalu hormatkan orang putih tanpa usul periksa.Nak tau camne?Kawan la dengan seorang orang putih ajak dia pegi kedai makan Melayu.Tengok la macam mana mesra layanan,sengih memanjang aje makcik kedai tu.

Kenapa nak sambut kemerdekaan?
Apa yang kita sambut sebenarnya?

Sebab British bagi balik tanah kita dekat kita?
Itu yang kita sambut?Itu ke kemuncak perjuangan UMNO?Dapatkan balik sesuatu yang dah memang hak kita tanpa tumpah darah?Semua urusan dekat meja rundingan,buat meeting dalam bilik air cond sambil makan biskut.Tunggu approval British sebab bila kita nak merdeka,British bagi syarat macam-macam kat kita dan kita tau,pemimpin2 kita terpaksa akur.Nak merdeka punya pasal.

Dan sedarkah anda,bangsa Melayu diselamatkan dan diberi hak keistimewaan atas approval kerajaan British?Mungkin sebab itu kot kita masih lagi RESPEK sama orang putih,kot?Sebab tu UMNO itu United Malays National Organisation kot?

Selamat Menyambut Hari Terakhir Bulan Ogos tahun ini.

Artikel asal...

No comments: