*Rumah ini letakknya di Shah Alam. Bukan di Kuala Pilah
Beberapa isu perdana kini nampaknya agak berjaya di mainkan oleh media perdana. Seolah-olahnya kini Pakatan Rakyat agak tersepit. Mereka iaitu UMNO dan geng-gengnya sudah berjaya. Hanya dengan menggunakan isu perkauman.
Beberapa rakan aku mula menunjukkan kebosanan mereka terhadap politik perdana ini. Terlalu muak hinggakan isu rakyat tak berapa nak di endahkan. Isu H1N1 misalnya, kita kedua di belakang Thailand bagi benua Asia namun jika di ukur ratio penduduk dimana pulak kedudukan kita sebenarnya? Takkan Najib masih mahu lagi bercerita tentang keinginannya merampas Selangor?
Isu rasuah pun satu hal jugak. Rasuah kini dengan ahli politik agak sinonim pulak aku perhatikan bila kini BN mula tersepit. Yang herannya takda pulak geng-geng BN ni disiasat. Bukan takda laporan di buat tapi kenapa isu lembu dan bendera ni di highlightkan tapi rumah sebesar muzium takda langsung tindakkan? Dan kenapa kini perlu SPRM merajuk seperti budak-budak bila kena tekan dengan rakyat? Rakyat juga menunggu isu-isu rasuah yang lama tertunggak seperti kes Rafidah, Isa Samad dan veteren-veteren yang lain. Mereka ini kebal ke? Terlalu double standard nampaknya.
Rata-rata kini serangan terhadap Pakatan Rakyat di Selangor. Isu azan, arak, bendera, salah guna dana Dun dan sebagainya. Takkan takda di negeri lain? Inikah yang di maksudkan dengan bakal rampasan kuasa yang ingin di lakukan oleh Najib kelak? Betapa jahatnya mereka didada akhbar hinggakan rakyat melihat mereka-mereka UMNO ni terlalu suci pulak. Seolahnya PR sudah perintah Selangor 50 tahun lamanya.
Janganlah kita jadi melayu yang mudah lupa. Mungkin belum kena pada batang tubuh kita lalu kita merasa bahagia seperti kitalah tuan manakala bangsa lain hanya hamba. Percayalah kata aku ni, sedikit-sedikit hak kita dalam perlembagaan di rampas tapi ini bukan kerja Anwar Ibrahim ataupun Hadi Awang dan bukan juga Lim Kit Siang, tapi adalah kerja UMNo dan gerombolannya… Cuma agak tersorok sikit di di dada media perdana. Rajinlah sikit bertanya pada Lebai Google.
No comments:
Post a Comment