Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, August 2, 2009

Norlaila Othman..

Seorang isteri terpisah 8 tahun dengan suami. Bukan 8 hari atau 8 jam. Sudah buat macam-macam untuk pembelaan si suami. Buat blog pun dah. Si isteri bukan orang senang-senang macam isteri PM boleh shopping di seantero dunia. Dan si isteri ni tak pernah dapat peluang laga-laga pipi dengan Salman Khan atau peluk-peluk Lee Chong Wei. Si isteri tetap gigih. Hatinya cekal. Hanya untuk mendapat simpati sang penguasa agar keadilan tertegak buat si suami.

Dah 8 tahun. Bukan 8 bulan. Akhirnya si isteri turun di jalan. Pekikan luahan ketidakpuasan hati. Hantar sahaja si suami ke mahkamah kalau pun benar si suami bersalah. Bukan mintak tender buat stadium pun atau projek hias taman KLCC. Apa si isteri dapat?

MALAM MINGGU TIDOR DI LOKAP!!. Kita doakan beliau agar terus hebat dan tabah. Beliau iron women Malaysia beserta puluhan lagi isteri-isteri yang keputusan kasih akibat ISA durjana.

***

Gua syak beliau juga belum sempat buat umrah macam perempuan yang satu tu..

P/S Gua harap Shuhaib tabah..

No comments: