Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, July 2, 2010

Ceria politik kerana wujudnya Ibrahim Ali serta KJ.

Semakin ganas kuntau antara Ibrahim Ali dan Khairy Jamaluddin. Terbaru di gesanya KDN siasat penyelewengan yang dibuat KJ ketika pemerintahan bapak mertuanya iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ceria sungguh suasana politik Malaysia. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Sambil membogelkan antara satu sama lain. Cumanya selagi UMNO BN memerintah pastinya siasatan sekerat jalan. Nak pulak kalau yang nak di bogelnya itu dari suku kaum UMNO BN.

Bala dah bagitau yang ia ditaja oleh Deepak Jaikishan. Kita tengok apa pulak tindakan Zahrain selepas ini kerana nampaknya senjata telah makan tuan. Sejak beliau melompat jadi ahli bebas ni suara yang keluar dari kerongkong beliau senada dengan Barisan Nasional. Adakah kini beliau sedang menghantukkan kepala di tiang letrik lantaran kebodohan diri beliau sendiri? Kita nantikan episod seterusnya nanti yang ntah bila nak ditayangkan di pawagam terdekat dengan anda iaitu TV3 dan RTM.

Mungkin lama nak tunggu episod yang akan datang, apa kata kita layan Brazil lawan Belanda malam ni. Lu orang pilih mana?

No comments: