Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, June 25, 2011

BERSIH 2.0: Kempen pra-BERSIH 2.0 - Hari Sabtu Pakai Kuning


Mengikut Kenyataan Rasmi Dewan Pemuda PAS Pusat, kempen pra-BERSIH 2.0 akan dimulakan pada hari Sabtu 2hb. Julai, 2011 dimana pada hari tersebut, rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan diseru supaya memakai baju kuning sebagai simbol perjuangan menuntut keamanan dan keadilan dalam sistem demokrasi di Malaysia.

Masa lepak dekat Brickfields dengan geng-geng kepala pengat malam tadi, kami telah sebulat suara bersetuju untuk memulakan kempen pra-BERSIH 2.0 lebih awal dari yang dijadualkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu pada hari Sabtu 25hb. Jun, 2011 (esok).

Anda dicadangkan supaya memakai baju berwarna kuning pada hari esok, tidak ada lokasi yang dikhaskan untuk berkumpul dan anda sebenarnya tidak perlu berkumpul kerana kita tidak mahu menyusahkan pihak berkuasa pada hari esok. Biarkan mereka berehat bersama keluarga masing-masing selepas penat bekerja.

Anda cuma perlu berada dikhalayak ramai dimana sahaja anda mahu tanpa perlu mengangkat sebarang banner atau melakukan lain-lain aktiviti yang tidak cool. Gua cadangkan kepada sesiapa yang menyertai kempen pra-BERSIH 2.0 esok supaya rajin-rajin bergambar dengan sesiapa sahaja yang anda temui dimana-mana yang juga berpakaian berwarna kuning atau apa-apa sahaja yang berwarna kuning.

Ini akan merapatkan hubungan kita sesama rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan. Gua juga mencadangkan supaya seboleh-bolehnya cubalah untuk bergambar versi warna kuning bersama rakyat Malaysia berlainan bangsa.

Gambar-gambar santai anda dengan baju kuning bolehlah diemailkan kepada pihak kami di email poji2ya@gmail.com atau tukartiub@gmail.com dan akan diupload kedalam Blog dan Facebook... Anda juga boleh mengupload gambar-gambar tersebut di Facebook masing-masing.

"Hari Sabtu Pakai Kuning".


Original Page: http://www.perisik-rakyat.com/2011/06/bersih-20-kempen-pra-bersih-20-hari.html

No comments: