Berapa inci besarnya tv di rumah Najib dan Rosmah?
Peti sejuknya itu adakah boleh memuatkan sebiji kereta?
Lampu kalimantangnya, adakah boleh menerangi sebuah stadium bola sepak?
Wujudkah aircond dalam store barangan dalam rumah itu?
Semuanya seakan-akan tidak masuk dek akal. Semuanya seolah-olah tidak munasabah. Rm160, 000 untuk bayaran elektrik selama sebulan untuk seunit rumah/istana. Semuanya kerana mahu memberi keselesaan pada dua individu yang sibuk mentadbir negara. Terkesima.
Sungguh menyakitkan hati kerana 2 individu inilah yang menggesa kita supaya berjimat cermat. Mereka ini yang kita disuruh ambil sebagai idola. Mereka ini yang selalu bercerita tentang kebangkrapan negara dek bencana subsidi.
Sekarang kita masih malas mahu gunakan otak untuk berfikir. Berfikir samada masih relevan atau tidak 2 individu ini di Sri Perdana..
No comments:
Post a Comment