ISUHANGAT.NET – Kerajaan Malaysia telah mengumumkan akan menyekat 10 laman download di atas sekyen 41 Akta Hakcipta 1987 menurut The Star. Kononnya laman-laman tersebut gemar diakses oleh rakyat Malaysia untuk memuat turun movie-movie.
Pada 30 May 2011, SKMM telah menghantar surat kepada semua penyedia perkhidmatan internet di Malaysia mengenai arahan tersebut yang ditandatangani oleh Surat itu ditandatangani oleh Pengarahnya Eneng Faridah Iskandar.
Laman-laman P2P tersebut ialah
Warez-BB.org
ThePirateBay
Movie2k
MegaVideo
PutLocker
DepositFiles
DuckLoad
FileServeFilesTube dan
MegaUpload
Saya salah seorang yang suka akses laman-laman tersebut terutama Megaupload berasa sedih dengan pengumuman tersebut. Ini kerana saya tidak pernah muat turun movie tetapi video-video,ebook, fail-fail digital di situ. Saya juga selalu upload fail yang besar-besar untuk simpanan sendiri atau dikongsi.
Jadi tiada isu akta hakcipta di sini.
Di harap dengan hasrat kerajaan untuk memajukan industri broadband di Malaysia, langkah ini adalah ibarat mengundur setapak ke belakang. Walhal dunia sudah mengakui bahawa semua bentuk hakcipta multimedia jika ianya bukan untuk tujuan komersil seperti pendidikan dan perkongsian misalnya tidak menjadi kesalahan jika di muat turun atau diguna seadanya.
Untuk Akta Hakcipta, rasanya ada cara lain untuk menyekatnya seperti perang dengan DVD cetak rompak yang masih berleluasa. Mereka yang membuat DVD cetak rompak ini tidak semestinya menggunakan laman P2P di atas. Mereka masih boleh menggunakan banyak cara lain seperti direct access ke FTP server yang membuat perniagaan ini dan penyekatan ini tidak bermakna DVD cetak rompak akan berjaya dihapuskan.
Untuk menarik penonton ke pawagam dan menarik orang ramai membeli CD lagu yang original adalah dengan membuat cerita dan lagu-lagu yang benar-benar kualiti. Dengan harga CD yang mahal tetapi hanya satu dua lagu sahaja lagu yang sedap adalah antara punca orang ramai membeli CD cetak rompak.
Sebuah page yang tidak bersetuju dengan tindakan MCMC di Facebook telah di bina iaitu http://www.facebook.com/DontBlockFS?sk=app_4949752878 dan telah dilike oleh 7,229 orang.
Walau bagaimanapun dengan langkah kerajaan ini diharap akan melajukan internet di Malaysia kerana proses download ini akan membuatkan internet menjadi slow kerana memuat turun fail yang begitu besar akan menggunakan banyak bandwith.
Original Page: http://www.isuhangat.net/2011/06/malaysia-sekat-10-web-download/
No comments:
Post a Comment