Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Wednesday, June 15, 2011

Si bangang agama memang ramai di Malaysia


Tahap hotak kartunis pencacai. Kalau yer pun dah jahil, jangan la tunjuk dan promosi ke merata alam. Nak jahil- jahil sorang-sorang sudah laa. Tapi dah jenis selipar pakai kat telinga, tu pasal jadi macam tu ! - radens

Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, dakwa hina Islam

TERKINI @ 07:45:30 PM 15-06-2011
Oleh Syed Mu'az Syed Putra June 15, 2011 MalaysianInsider

Karikatur disiarkan Utusan Malaysia di halaman 15 hari ini.

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi "Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!"

Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan juga mengecam sekeras-kerasnya Utusan Malaysia.

Kata beliau, jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

Tambah beliau, akhbar seperti Utusan Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina dan rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.

Justeru, kata beliau, pihaknya menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya.

No comments: