Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, June 12, 2011

Ek ele... Bodohnyer

Ek ele... bodohnyer menteri ni. Apa ke benda yang mamat ni melalut ni....?? Huru hara ler... hapa ler... Eeee... bodohnyer!!

Hello brother... berdemonstrasi ialah hak bersuara dan hak mengekspresi diri rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Kerajaan 1Malaysia Najib, mendabik dada kononnyer mereka sebuah kerajaan yang mendokong demokrasi. So... apa masalahnya Bersih nak buat demo bagi menuntut piliharaya yang adil dan saksama??

Weh... tugas polis ialah menjaga ketenteraman awam. Be professionallah dalam menjalankan tugas. Jangan jadi macam lembu kena cucuk hidung. Fokus tugas korang ialah keselamatan rakyat. Rakyat nak berdemonstrasi.... kau kawallah keselamatan agar tak berlaku keadaan kelam-kelibut.

Bersih nak buat demo.... kasi jer lah permit. Janganler bagi permit pada golongan yang tak menyokong pada masa yang sama. Bagi peluang kepada mereka untuk berdemo pada waktu yang lain pulak. Barulah tidak akan berlaku pertembungan. Barulah adil..... Cuma, polis kena ler lebih cekap dan kerja lebih kuat sikit. Oppss... bukan sikit tetapi banyak, agar semuanya berjalan dalam suasana aman dan teratur.

Jangan ler double standard. Bersih cuma nak berdemo secara aman, agar suara mereka didengari dan diambil perhatian oleh pihak berwajib, apa salahnya..... tak gitu?? Nama pun demonstrasi secara aman, so logiknya... takkan mereka pulak yang nak bikin havoc dan huru-hara. Tak masuk akai, kalau mereka nak sabotaj demo yang mereka bersusah payah anjurkan. Biasanya, yang nak sabotaj ialah mereka yang tak sehaluan dengan Bersih.

Jadi tugas polis... be alert dan jaga serta awasi pihak-pihak yang cuba provoke para pendemo Bersih. Tangkap mereka yang buat provokasi, bukan mereka yang berdemonstrasi. Ini tidak... selalunya yang jadi mangsa tangkapan, kekasaran, pukulan belantan polis, semburan air kimia dan bom asap polis ialah para pendemonstrasi.

Lebih malang lagi, ada dalam kalangan pihak yang provoke itu ialah SB-SB polis sendiri. Apa maknanyer ini?? Sendiri mahu tau ler...

Cer amati apa yang gembala kepada polis-polis ini kata. Belum apa-apa lagi, dia sudah assume negara akan huru-hara jika demonstrasi ini diadakan. Weh.... just do your job agar ia tidak berlaku. Hak rakyat kena hormatlah sikit. Tetapi, inilah masalahnya dengan para pemimpin kerajaan 1Malaysia ini, they just refuse to respect hak rakyat. So... arrogant!! Mereka seboleh-bolehnya tak nak tembelang mereka terdedah. Jadi... deny Bersih their rights untuk berdemo bagi menuntut keadilan dalam pilihan raya.

Nak tau mengapa?? Sebab... demonstrasi Bersih ini hanya akan menghuru-hara kuasa dan kerajaan yang mereka pimpim. Tuntutan Bersih akan dapat membuka mata rakyat akan kepincangan yang berlaku dalam sistem pilihan raya di Malaysia dan ini berkait rapat dengan peranan jijik SPR dan barua-barua mereka yang lainnya. Tugas mereka.... lakukan apa saja agar UmporNO@BN dapat terus menggenggam kuasa politik.

Banyak ketidakadilan ini telah berlaku dalam proses pilihan raya di negara kita. Bersih telah cuba berbincang dan berunding secara professional dengan SPR tetapi hampa. Tuntutan-tuntuan yang dibuat oleh mereka mengikut saluran yang sah, telah tidak diendahkan. Janji-janji SPR hanya tinggal janji. Jadi... apa pilihan yang Bersih ada, selain menganjurkan demonstrasi secara aman di jalan raya. You can't blame them, can you??

Nak berdemo pun, mereka terpaksa lalui banyak songeh daripada KDN. Ha ha ha... ada ke dia suruh buat demo dalam stadium?? Bangang!! Weh... dalam stadium, tengok bola boleh ler.

Persoalannya sekarang, mengapa mereka begitu takut dengan demonstrasi Bersih ini?? Well... soalan mudah dan senang dijawab. Jika pilihan raya diadakan secara bersih, maka alamatnya UMporNO akan terkuborler!!

Jadi, kalau komer nak tengok UMporNO cepat masuk kubor, jom support Bersih dengan beramai-ramai turun berdemo pada 9 Julai ini nanti. Pasti happening gilerrr!!!

Original Page: http://motherof3mohd.blogspot.com/2011/06/ek-ele-bodohnyer.html

No comments: