Puak UMNO Penang kecoh bila Pemilihan AJK Masjid Pulau Pinang bakal diadakan dalam bentuk Pilihanraya.
Jadi apa masalahnya dekat sini..? Bagi gua perkara begini sangat baik untuk perkembangan Agama Islam di Pulau Pinang. Kalau nak sebut berlaku perlanggaran Perlembagaan bagi gua, ianya langsung tak tepat.
Perlembagaan menetapkan, sebagai Negeri yang tiada Sultan, segala HAL EHWAL UGAMA ISLAM perlulah mendapat PERKENAN Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sebagai KETUA UGAMA ISLAM di Malaysia.
Kita juga sedia maklum bahawa bagi setiap lantikan yang mengikut Perlembagaan, nama-nama individu TIDAK DINAMAKAN SENDIRI oleh mana-mana Sultan, Agung mahupun Yang Di Pertua sebab nama-nama tersebut dipilih oleh 1 Jawatankuasa kemudian di PERSEMBAHKAN kepada Sultan, Agung ataupun Yang Di Pertua untuk di PERKENANKAN.
Puak-Puak UMNO Khawarij ni jenis tak paham Bahasa Melayu, tak leh nak beza antara DIPILIH dengan DIPERKENAN. dasar bongok.
Kalau ikut sistem pengundian, penduduk setempat atau Qariah Masjid akan memilih mana-mana individu untuk memegang Jawatan-Jawatan yang bakal diisi dan bagi gua sistem ini sangat-sangat relevan untuk dipraktikkan di Malaysia.
Qariah masjid setempat pasti tahu siapa yang layak memegang jawatan tersebut... Qariah Masjid pasti kenal ilmuan-ilmuan agama yang "Kaki Masjid" dan berkelayakan memegang jawatan berdasarkan kepada ilmu mereka melalui pergaulan dengan masyarakat setempat.
Kalau nak ikut cara UMNO Khawarij alamatnya - Ketua Cawangan je lah yang bakal pegang jawatan... lepas tu jangan harap la nak nampak muka AJK Masjid lantikan UMNO dekat Masjid teruttamanya waktu solat subuh.
Biasa kalau pergi Masjid yang AJK nya adalah lantikan puak-puak UMNO Khawarij, yang nampak muka dekat masjid waktu subuh cuma Imam, tu pun kadang-kadang...
Ada jugak puak UMNO Khawarij yang mainkan isu kununnya DAP cuba mencampuri urusan Agama bila sistem pengundian AJK diadakan nanti dan ianya juga adalah cubaan untuk memecah belahkan "Bangsa Melayu".
Ni gua nak tanya... Yang bakal dipilih memegang jawatan nanti dah tentu beragama Islam... Jadi apa masalahnya..? Kalau yang terpilih nanti tu berbangsa Cina atau India atau Siam atau Mamak atau lain-lain bangsa tetapi beragama Islam, berpendidikan dan berkelulusan Pengajian Islam... Apa masalahnya..?
Yang tu 1.000.000 kali lagi bagus dari dapat AJK Melayu UMNO yang tak de pendidikan dan kelulusan Pengajian Islam tetapi cuma seorang Ketua Cawangan UMNO.
Ketua Cawangan UMNO yang tak de pendidikan atau kelulusan agama Islam nak jadi AJK..? nak jadi Imam..? Nak pimpin jemaah..? Nak ajar anak-anak bawah Qariah mengaji Al-Qur'an..?
Piiiiiirah mabuk..!
Original Page: http://www.perisik-rakyat.com/2011/06/pemilihan-ajk-masjid-pulau-pinang-apa.html
No comments:
Post a Comment