Apalah yang boleh dikatakan kepada Ibrahim Ali dan Perkasa. Sebuah pertubuhan yang sememangnya perkakas UMNO sampai mati. Bayangkan perhimpunan aman BERSIH 2.0, yang inginkan pilihanraya yang lebih baik untuk negara dianggap 'pengacau'.
Nampaknya Ibrahim Ali dan Perkasa berotak katak kemetot dan pendek akal dengan amarannya. Awal-awal lagi sememangnya Perkasalah yang ingin membuat kekacauan, mereka akan "lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
"Saya tak boleh bayangkan, bila ramai yang berhimpun, mereka akan baling batu, bakar kereta... Perkasa akan turun ke jalannan dan halang mereka (perhimpunan BERSIH)," kata Ibrahim.
Otak katak Ibrahim hanya fikirkan tentang baling batu, bakar kereta. Ini mungkin berlaku sekiranya provokasi polis dan orang-orang Perkasa perkasam sendiri. Bagaimana pula caranya Perkasa ingin menghalang mereka. Nampaknya kalau ingin bertempur, lebih baiklah Ibrahim dan Perkasa berundur awal-awal.
Agak-agaknya berapa ratus ribu yang Ibrahim katak dapat kumpulkan ahli-ahli Perkasa!!
Original Page: http://www.ekele.net/2011/06/otak-katak-ibrahim-ali.html
No comments:
Post a Comment