Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, June 27, 2011

Makin ramai yang bangang memunculkan diri

Ini adalah hasil dari hati nurani gua.

Seperti semua sedia maklum bahawa demo Bersih akan berlangsung di kota raya pada 9 Julai ini. Pakatan Rakyat sudah bersetuju untuk turut serta manakala dari pihak kerajaan hanya Pemuda UMNO di bawah arahan ketuanya juga akan turun. Bukan untuk menyokong rally Bersih tetapi untuk membantah.

Perkasa di bawak kepimpinan Jeneral perangnya iaitu Ibrahim Ali juga dengar kabornya nak henjut dengan ribuan ahlinya untuk turut serta. Tag team bersama kj bagi menentang Bersih. Mahaguru Omar Din juga sudah membunyikan semboyan dengan kira-kira sejuta ahli seni silat Lincah akan turut serta. SEJUTA!!!!!! memang gila babi punya ramai.

Faedahnya apa? Apa pasal tak buat pada 8 atau 10 Julai? Kenapa mahu bertembung? Mahu bergaduh? Memang nampak bangangnya kaldai-kaldai ini semua. Mereka (Bersih) hanya mahu menuntut Pilihan Raya yang lebih bersih dan telus maka itu sebab UMNO, Perkasa dan SSL mahu membantah dan membanteras? Kenapa sampai mahu jadi begini?

Dari pihak kerajaan pulak, hari-hari di bantainya NGO dan Parti yang menyokong Bersih, apa pasal tidak pada Perkasa atau UMNO itu sendiri? Tahukah anda kalau semua aspirasi ini berjaya apa akan jadi pada Kuala Lumpur? Kenapa tidak diluluskan sahaja permit mengikut giliran? Maka kini jadilah himpunan Bersih vs Perkasa, UMNO dan SSL sebagai perhimpunan yang haram. Kecoh memang kecoh. Elok brader Jengka nak niaga tebu maka harapan kini tinggal harapan. Boleh jadi badan kena beduk dek batang tebu.

Serangan peribadi keatas Ambiga dan gua juga dapat email yang mengecam teruk wanita hindu tersebut. Kenapa selepas beliau lancarkan Bersih baru di hantam, kenapa tidak sebelum-sebelumnya lagi? Akal kat lutut?

Memang ramai yang celaka nampaknya....

No comments: