Liow: Saya dapat nombor plat percumaSehari selepas menjadi sasaran soalan pemberita mengenai nombor plat WWW 15 yang dibidanya, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai kini mengatakan bahawa dia tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut.
Dalam tweetnya lewat hari ini, Liow berkata telah dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma".Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ.
Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar China Press hari ini, yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya.
Katanya, para menteri boleh memohon nombor plat secara percuma dari JPJ, tetapi ia tidak membabitkan 'nombor panas' seperti yang dibida oleh Liow. -mk
Ulasan GB
Liow dakwa beliau dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma". Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ.
Tetapi, JPJ dakwa Liow perlu bayar plat WWW15 kerana ia dibida di atas nama peribadinya.
Liow cuba menipu kerana sebelum ini beliau menyatakan nombor plat itu dibida untuk kementeriannya.
Justeru itu siasatan perlu dilakukan ke atas menteri MCA ini dan siasatan juga perlu dilakukan samada wujud "kong kali kong" menteri ini dengan JPJ?
No comments:
Post a Comment