Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, June 5, 2012

Cerekarama paling lama tak habis-habis lagi.

Kalau tengok tv sekarang apa yang kita nampak sudah bermulanya kempen Barisan Nasional untuk memenangi pilihanraya akan datang. Dia bermula setelah kalah teruk dalam pru yang lepas. Banyak siri propaganda yang telah di jalankan sampaikan aku rasa puak yang melawan sampai dah tak terlawan nak menjawab. Blogger pro-pr pun seakan sudah keletihan jari untuk menjawab bagi menerangkan situasi sebenar yang berlaku. Maka kini kita banyak dihidangkan lawak sarkastik bagi menerangkan betapa lawaknya siri gempur bn dalam menawan hati rakyat kepada mereka kembali.

Berita tv pukul lapan di media perdana lama sudah gua tak tonton. Gua banyak duduk dalam bilik sekarang edit video ceramah agama. Jauh lebih bermanfaat gua rasa dari melayan fakta karut-marut dari barisan nasional ni. Betapa rakyat dibodohkan sebegitu rupa di zaman internet ini. Pilu hati kerana tergamak mereka fikir sebodoh ini idea yang keluar demi membangangkan rakyat. Terdapat juga segelintir yang termakan hasutan, kalau dah tiap hari ulang cerita yang sama. Pada gua barisan nasional tetap barisan nasional. Tranformasi yang PM nak lakukan gua nampak eloklah di jadikan drama tv sahaja.

Itu aje gua nak cakap....

huiiishhh.....

No comments: