Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, June 30, 2012

Detik BUNUH DIRI Jutawan Selepas Dijatuhkan Hukuman DIRAKAM MAHKAMAH



Terkejut: Michael Marin menekup mukanya selepas dia didapati bersalah sebelum menelan sesuatu ke dalam mulutnya.

Adakah ini saat yang paling menakutkan bagi seorang jutawan yang disabitkan bersalah kerana membakar rumah mewahnya yang bernilai USD 3.5 juta dan sanggup menelan racun di mahkamah pada Khamis 28 Jun yang lalu?.

Sebaik saja keputusan bersalah dibacakan, Michael Marin menutup matanya dan menekup mukanya sebelum tangannya kelihatan memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya.

Beberapa minit kemudian, lelaki berusia 53 tahun inu rebah ke lantai, mengelupur dan mati.

Detik-detik yang mengejutkan ini telah dirakamkan oleh kamera di Mahkamah Superior County Maricopa di Arizona, di mana Marin telah dibicarakan sejak bulan Mei.

Cemas: Marin, bapa kepada empat orang anak ini merenung jauh ketika menunggu keputusan juri.

Beliau didapati bersalah kerana membakar rumah mewahnya di Phoenix pada 5 Julai, 2009, kerana menurut hujah pendakwa dia tidak lagi mampu membayar pajak gadainya.

Jabatan Bomba yang menjalankan penyiasatan membuat kesimpulan bahawa kebakaran itu adalah perbuatan sengaja selepas mengenal pasti punca asal kebakaran yang memusnahkan rumah seluas 6600 kaki persegi ini dan memiliki 4 buah garaj.

Marin telah ditemui di luar rumahnya yang terbakar selepas memanjat turun dari bilik tidur tingkat dua menggunakan tangga tali sambil memakai pakaian selam skuba, menurut laporan Fox News.

Marin menghadapi hukuman penjara 16 tahun kerana pertuduhan melakukan pembakaran dalam struktur yang diduduki, hukuman yang sama seperti melakukan pembunuhan peringkat kedua di Arizona.

Kecemasan 911: Marin telah dibawa ke hospital di mana beliau kemudain disahkan telah meninggal dunia.

Rakaman dari mahkamah semalam menunjukkan Marin yang terkejut dengan keputusan juri telah menekup mukanya dengan tangannya sebelum memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya.

Dia kelihatan cuba untuk menelan beberapa kali sebelum minum dari botol air yang disediakan di atas mejanya.

Beberapa minit kemudian dia kelihatan sukar untuk bernafas sebelum rebah dan cuba diberikan bantuan.

Marin kemudian telah dibawa ke hospital di Arizona di mana beliau disahkan telah meninggal dunia.

Bantuan perubatan: Marin sedang diusung ke dalam ambulans selepas rebah di mahkamah.

Ujian toksikologi akan dijalankan ke atas pada jasad bekas pelabur Wall Street ini dan juga botol air yang diminumnya.

Jurucakap mahkamah, Jeff Sprong memberitahu Fox: "Sudah tentu jika anda menonton video itu, ia kelihatan seperti memasukkan sesuatu di dalam mulutnya.

Bagaimanapun kita tidak boleh mengesahkannya pada saat ini dan sehingga laporan toksikologi dikeluarkan.

Kami akan menghubungi keluarganya untuk melihat jika (bunuh diri) ini adalah sesuatu yang beliau pernah bayangkan akan melakukannya, mungkin dia ada meninggalkan nota untuk memberitahu, ia perlu disiasat dengan teliti dengan harapan kita akan mengetahui sebab mengapa dan apa yang telah dia lakukan."



(Via Pulakdah!)

No comments: