Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, June 9, 2012

Kes Bunuh Altantuya: Permohonan Azilah tambah alasan didengar 5 Julai

 



Mahkamah Rayuan akan mendengar pada 5 Julai ini permohonan oleh Cif Inspektor Azilah Hadri untuk memasukkan alasan tambahan dalam petisyen rayuannya.

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah N Kanageswari apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes di dalam kamarnya hari ini.

Azilah, 34, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 39, disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana didapati bersalah membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mukim Raja antara jam 9.45 malam 18 Oktober 2006, dan 9.45 malam keesokan harinya.

Rayuan mereka kepada Mahkamah Rayuan dijadual didengar pada 27 dan 28 Ogos. Terdapat 43 alasan dalam petisyen rayuan Azilah.

Azilah diwakili peguam J.Kuldeep Kumar manakala Sirul Azhar pula diwakili peguam Hasnal Rezua Merican. Timbalan Pendakwa Raya K Mangai dan Farah Ezlin Yusop Khan hadir bagi pihak pendakwaan.

Pada 30 April tahun ini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Sirul Azhar untuk menambah enam alasan kepada sembilan alasan yang sedia ada dalam petisyen rayuannya.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu, yang merupakan komando Unit Tindakan Khas, dalam pembunuhan Altantuya.

Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008, tanpa dipanggil membela diri.

- Bernama


Satu dunia tunggu, semua orang menunggu....
Kahkahkah....


(Via shalehudin)

No comments: