Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, June 23, 2021

Fakta sejarah Vatican

Vatican City tidak wujud sehinggalah tahun 1929. Penggunaan nama Vatican City digunakan untuk pertama kali di dalam Perjanjian Lateran yang ditandatangani pada 11 Februari 1929, iaitu 418 tahun setelah kejatuhan Melaka. Nama 'Vatican' digunakan sempena nama sebuah bukit 'Vaticanus' di pinggir Kota Rom. 

Tempat di mana Vatican City berada sekarang dahulunya dipanggil St Peter Basilica. Tempat ini dulunya adalah kawasan kubur Kristian. Orang Kristian percaya St Peter, iaitu orang yang mengembangkan agama Kristian di Rom dikebumikan di situ. Sejak itu, ramai penganut Kristian mahu dikuburkan di situ dan tempat itu menjadi kawasan kubur yang besar dan terkenal serta sering dilawati.  

Maka pengikut St Peter pun membina tugu peringatan di situ yang kemudiannya didirikan gereja di atasnya untuk meraikan kehadiran pelawat yang lebih ramai.

Pembinaan struktur Gereja St Peter di Vatican City yang ada hari ini bermula pada tahun 1506 dan hanya siap sepenuhnya pada tahun 1626. Ia mengambil masa 120 tahun untuk disiapkan menjadi seperti keadaannya hari ini.

Ini bermakna, ketika kerajaan Melaka jatuh pada 1511, gereja St Peter masih diperingkat awal pembinaanya dan Vatican City masih belum wujud.

No comments: