Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Saturday, June 26, 2021

Darihal kuasa memanggil sidang parlimen


1. Dalam keadaan biasa YDP Agong bertindak di atas nasihat jemaah menteri/ pm. Ini tercatat dalam perkara 40 Perlembagaan Persekutuan@PP

2. Sekarang negara dalam darurat. Dgn peruntukan yg sama 40 PP, PM mohon YDP Agong setuju dgn darurat. Proklamasi darurat dibuat

3. Semasa darurat parlimen tidak bersidang. Jemaah menteri, PM dan AG buat undang-undang darurat. YDP Agong perkenan maka ujudlah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 @ EO

4. Dalam EO itu ada satu seksyen yakni 14(1) b yg menyebut” YDP Agong boleh panggil sidang parlimen”. Noktah

5. Siapa yg buat EO? Jawabnya PM dan Jemaah menteri dan AG. Siapa yg masukkan seksyen 14(1)b yg beri kuasa kepada YDP Agong untuk panggil parlimen? PM dan Jemaah menteri dan AG juga.

6. YDP Agong dan Majlis Raja-raja mahukan parlimen bersidang secepat mungkin. AG pula buat kenyataan YDP Agong mesti ikut nasihat PM seperti perkara 40 PP. Walhal AG juga menasihati YDP Agong. Seksyen 14(1) b macam mana pula? Bukankah negara dalam darurat sekarang?

No comments: