Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, June 20, 2021

Sejauh mana kita berbohong di dunia ini?

HAMKA menjelaskan, 

"Orang yang berani berkata terus terang adalah orang yang mendidik jiwanya untuk merdeka. Ya, orang yang berani terus terang bererti dia tidak takut pada siapapun di hadapan manusia dalam menjalani hidup."

Begitulah, malah,

"Bohong satu kali adalah laksana nila setitik dimasukkan ke dalam susu sebelanga. Bohong satu kali kerap menjatuhkan harga diri seseorang di hadapan sesama manusia untuk selama-lamanya. Jujur dan benar adalah sifat semulajadi manusia. Suara hati yang asli adalah jujur dan tidak mahu berbohong.

Orang yang berani berkata terus-terang, adalah orang yang mendidik jiwanya sendiri untuk merdeka. Dan orang yang berani menerima perkataan terus terang adalah orang yang membimbing jiwanya kepada kemerdekaan. Sebab itu dapatlah dikatakan bahawa, kebenaran itu adalah kemerdekaan."

Sinopsis buku Bohong Di Dunia, HAMKA.

Renungan bersama.

No comments: