Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, June 21, 2021

UMNO: HARIMAU KERTAS

Jika ini rumusan mesyuarat Umno semalam maka bolehlah disimpulkan bahawasanya kepimpinan Umno hari ini terlalu lemah, sembang je berdegar tapi habuk pun takde.

1- Umno akan menarik diri jika PM tidak memanggil persidangan parlimen dalam tempoh 14 hari?

Mahiaddin boleh mengarahkan speaker parlimen memberi notis bagi membolehkan parlimen bersidang. Bila? Hari ni pun boleh. Tarikh persidangan pula semestinya 28 hari selepas notis dikeluarkan. Jika notis pemberitahuan dikeluarkan hari ini, paling segera parlimen akan bersidang ialah pada penghujung Julai. Jadi tutup kes Mahiaddin menderhaka titah Sultan sebab taknak buka parlimen. Titik.

2- Darurat perlu ditamatkan pada 1 Ogos 2021. Siapa Zahid dan apa kuasa beliau untuk memutuskan penamatan darurat?

Sepatutnya Zahid selaku Presiden Umno mengeluarkan kenyataan rasmi mendesak semua menteri daripada Umno supaya menghantar notis perletakan jawatan masing² seberapa segera bersesuaian dengan tempoh penamatan darurat pada 1 Ogos ( notis 45 hari).

Notis perletakan jawatan ini secara tidak langsung menunjukkan kesungguhan Umno untuk tidak bersekongkol dengan Kerajaan PN.

Pastikan menteri² yang ingkar arahan parti, diambil tindakan tatatertib serta tidak disenaraikan sebagai calon pada pilihanraya akan datang. 

Paling penting ahli akar umbi boleh menilai, samada untuk mengekalkan mereka atau melingkupkan mereka pada pemilihan parti akan datang.

No comments: