Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, September 14, 2009

Bila otak taraf babun pi letak kat lutut!!

Satu perkara yang menarik minat pihak media ialah Haliza tampil ‘daring’ dalam filem ini. Boleh dikatakan dia kerap kali menayangkan ‘asetnya’ kepada penonton. Pendek kata, penonton akan puas melihat ‘lurah dendam’ pelakon yang masih tidak berumahtangga ini. Kesempatan bertemu dengan Haliza selepas majlis berakhir memberi peluang untuk bertanyakan perkara ini kepadanya. “Saya tahu pasti ada yang akan bertanyakan perkara ini kepada saya. Terus-terang saya katakan yang saya tidak kisah ‘tayang’ aset yang dimiliki kerana mereka yang ingin menonton filem ini di pawagam perlu membeli tiket untuk menyaksikannya. Jadi, apa salahnya saya berikan sesuatu yang tidak biasa dilihat ketika saya berlakon drama. “Kalau sama sahaja penampilan saya di dalam filem, macam tidak berbaloi pula harga tiket yang dibayar oleh penonton. Tidak kisahlah apa yang orang hendak kata, yang penting saya melakukan perkara yang mengikut kata hati saya. Mana mungkin saya boleh puaskan hati semua orang,” ulas Haliza tentang perkara ini.

Bangang melantun-lantun. Statement celaka macam ni tak yah la keluar kat media. Kang ada plak ulamak sesat bagi fatwa keharusan bagi perangai-perangai macam ni. Maklumlah skang ni kan macam-macam boleh berlaku... Ada mustahil???

***

Terjumpa secara tak sengaja di sini.

No comments: