Kan?Sebagai seorang Melayu (aku tak suruh fikir sebagai seorang Islam),apa saja larangan Tuhan menjadikan hidup kita....rasa tak berapa happening,betul? Tuhan kata .....
1. Jangan pegi disko
2. Jangan minum arak
3. Jangan berzina
4. Jangan pegi "happy ending."
5. Jangan layan hiburan yang melalaikan
6. Jangan tengok benda tak senonoh
7. Jangan buat benda jahat
8. Jangan makan rasuah
9. Jangan salah gunakan kuasa
dan bermacam-macam lagilah "larangan" yang orang Melayu yang "majoritinya" itu Islam tidak boleh buat.Selalunya alasan yang dipakai siap letak hadis dan ayat Quran untuk membenarkan benda-benda ni terjadi adalah,"Biarlah diorang buat semua tu..asal agama diorang still Islam lagi.." kata sesetengah Ustaz.
Mudah kan jadi orang Islam ni?Minum arak pun takpelah...asal dia masih lagi Islam.Asal dia tak murtad.Nak berzina pun berzinalah berapa ratus kali pun....nanti2 boleh taubat.Mohon keampunan dengan Allah....
Kenapa orang Melayu macam tu?Kenapa kita selalu menghalalkan kesalahan yang kita lakukan semata-mata sebab kita tau Allah akan bagi kita chance untuk tebus?
Kau borak lah dengan pegawai polis yang dah pencen..kau boraklah dengan pegawai kerajaan yang dah bersara....selalunya ayat diorang akan sama...Lepas dah pencen ni...lepas dah bersara barulah boleh kembali ke jalan yang benar...membetulkan balik apa-apa kesalahan yang diorang pernah buat.
Sewaktu ada dalam sistem tu...ramai yang admit diorang "terpaksa" makan rasuah..diorang "kena" ikut cara yang dilakukan...
Apa guna bersuara pasal tak puas hatinya kau dengan dasar Kementerian yang suruh kau pejam mata dengan kesalahan2 yang jadi depan mata lepas kau bersara?
Ramai orang Melayu yang hanya akan dekat dengan Tuhan apabila dia sudah tidak punya apa-apa kepentingan lagi.Waktu tu barulah nak belajar agama sket-sket,nak mintak tebus balik silap2 yang dah terjadi...Nasib baik Tuhan still bagi kau masa.Macam mana nak berlaku perubahan dalam sistem Malaysia ni kalau pegawai polis hanya berani bersuara selepas dah hilang kuasa?Pegi tanya mana-mana pegawai polis,"kerja polis ni banyak dosa ke kena buat?" Ramai akan kata "ya" tapi dosa2 tu dibenarkan dibuat..untuk "tanggungjawab" atau orang atasan punya arahan.
Inilah benda yang paling teruk dalam pentadbiran Malaysia ni.Dosa halal.Dosa yang wajib dilakukan semata-mata kerana nak memelihara sistem dan nafkah keluarga.Tuhan bagi panduan hidup ni senang aje.Jangan buat dosa.Tapi orang Melayu selalu mengover-complicatekan diri dengan menyertai perbuatan "dosa halal" ni semata-mata takut dengan nasib diri dan anak bini.
Orang Melayu ni kurangnya integriti dalam diri diorang kerana sudah membesar dalam sistem yang ajar "kena buat dosa sket2 untuk jaga kepentingan diri.."Dan dari situ lah kita boleh nampak satu budaya yang paling terkenal dalam masyarakat kita..."Bila dah tua-tua baru nak ke masjid.."Aku,kau dan mana-mana generasi 70 an dan 80 an membesar dengan mengetahui "waktu muda adalah waktu mencari wang" dan "waktu tua adalah waktu untuk beramal ibadat.."
Apa saja yang perlu dilakukan..akan dilakukan tak kiralah salah atau betul.
Dan kau boleh nampak sekarang ni (mungkin dari dulu lagi) cara Kerajaan sekarang memerintah penuh dengan dosa.Politik kita penuh dengan orang yang naik dengan membuat dosa.Kalau diorang tak buat dosa direct dengan Tuhan sekalipun..diorang mesti pernah buat dosa dengan orang lain.
Even cara hidup pemimpin kita pun kau boleh nampak kat mana letaknya agama dalam diri diorang.That is the pulling power of power.Dosa mesti dilakukan kalau nak berkuasa.Orang yang bersih takkan kekal lama dalam sistem Malaysia.Mereka yang pertahankan kebaikan akan ditekan...lebih-lebih lagi kalau individu itu jaga agamanya.Lagilah cepat dijatuhkan.
Macam mana kita nak bahagia?
Sistem sekarang ni melahirkan masyarakat yang suka buat dosa tapi "cuba-cuba jaga agamanya." Sebab tu kau akan jumpa ADUN yang pakai songkok dan pandai cakap pasal buat baik tapi senyap-senyap makan duit bawah meja.Kau juga nampak menteri yang suruh orang ramai bersatu tapi dia sendiri setiap masa fikir macam mana nak cantas orang atas dia.Apa cara sekalipun..halal.
Dan kita?
Bukak TV,bila-bila masa kau nak tengok perempuan seksi,kau dapat tengok.Kau nak berhibur?Konsert berlambak-lambak.Kau nak enjoy? Pegi aje mana-mana disko. Kau nak perempuan? Ada duit aje kau boleh pegi.
Memang kita tak terpelihara dari dosa...sebab ada individu tertentu aje yang terpelihara dan maksum ni.Kita....akan buat dosa.Tapi,adakah sebab kita tak terpelihara dari dosa,membolehkan kita buat dosa? Macam mana kita,boleh menghalalkan buat salah...semata-mata untuk pastikan hidup kita terus bahagia di dunia?Sama lah jugak golongan mangkuk yang pegi disko... dia kata "Rilek la bro..aku minum coke aje sana.." Menghalalkan yang haram..kerana apa yang dia buat tak seburuk mana pun, .....pada dia la....
Bila hidup kat dunia ni...kalau ikut 100% perintah Tuhan...hidup jadi bosan..kan?
Sepanjang masa duk teringat Tuhan aje....macam mana nak enjoy life?
Original Page: http://cursingmalay.blogspot.com/2011/07/awkward-agama-finale-hidup-ikut.html
No comments:
Post a Comment