Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, July 18, 2011

Pergilah dikau dengan aman. Semoga Allah merahmatimu. :(

 

Menurut anak allahyarhamah, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok. Solat jenazah akan disolatkan esok pada jam 10.00 pagi di Masjid Al Akram, Keramat.

"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.

Pada Mac lalu, arwah Dr Lo'Lo' ada memberi memo kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ronald Kiandee "Tolong bagi saya peluang berucap. Saya takut inilah kali terakhir saya berucap kerana tidak sihat"

Beliau sentiasa tersenyum bila disapa di Parlimen. Tidak pernah kasar. Cuma paling marah bila nampak orang merokok. Masih segar dalam ingatan ketegasan beliau menegur Ahli Parlimen yg merokok di dalam Bangunan Parlimen. Pedas dan tegas.

Menurut seorang rakan wartawan, selain YB Dr Siti Mariah, Dr Lo'Lo' juga antara insan yang bertanggungjawab dalam minta kepimpinan PAS untuk menambah calon wanita di dalam pilihanraya.

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau.

Kredit : Harakah,MSO,AnthonyLoke

Original Page: http://feedproxy.google.com/~r/EmpulakDah/~3/yNitD8byK1c/menanti-ketibaan-jenazah-dr-lolo.html

No comments: