Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, July 8, 2011

Politik yang Bersih

Macam-macam cara mahu disekatnya perhimpunan BERSIH. Macam-macam mahu ditohmahnya pada pemimpin yang menyokong bersih walhal kita semua tahu situasi politik yang tidak seimbang ini adalah kerana kesalahan mereka sendiri.

Perjalanan demokrasi itu sendiri terumbang-ambung dek rakusnya mereka pada harta dan kuasa. Pendedahan demi pendedahan telah dibuat namun kerana tertutupnya akses masyarakat pada maklumat, berterusanlah sial ini berlaku. Belum lagi hal Perkasa yang melalut-lalut.

Menuntut pilihanraya yang bersih dan adil itu kenapa dihalang setelah banyak sangat lopong-lopong dalam perjalanan pilihanraya itu sendiri. Terlalu buruk dan hodohnya sampaikan tidak boleh ditutup lagi. Adakah mereka sedar hanya pada media perdana itu sahajakah wasilah rakyat pada hal-hal pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional? Betapa mereka yang berdarah UMNO itu terlalu bodoh kalau menafsir begitu.

Sampai bila hanya kamu sahaja yang relevan wahai Barisan Nasional?

No comments: